Selesai suku hari di Fushimi aku gerak ke Arashiyama yang terletak di timur Kyoto Downtown. Aku transit train daripada JR Nara Line ke JR S...

Kansai-Kanto Journey: Part 2b (Arashiyama)

Wednesday, December 10, 2014 Die Zehn 0 Comments

Selesai suku hari di Fushimi aku gerak ke Arashiyama yang terletak di timur Kyoto Downtown. Aku transit train daripada JR Nara Line ke JR Sagano Line di Kyoto Station. Perancangan awalnya nak singgah ke Kyoto Mangga Musuem dan Nijo Castle tapi disebabkan mengejar masa, aku skipped both attractions nie. Dalam JR train masa off-peak hour keadaan dia hampir semua orang senyap dan sibuk dgn mobile gadget masing2. Disebabkan tiada hiruk pikuk suasana Pasar Chow Kit dalam train ini ditambah pula suara sayup2 arrival announcement Nihongo, aku akhirnya tewas dan terlelap dalam train. Mungkin keletihan bertrekking di Fushimi tadi. Bersangka baik. Elok sampai satu station nie aku tersedar dari tidur dan dengan keadaan masih mamai keluar dari train dengan tanpa tengok station signage. Rupanya salah turun station. Kena la tunggu 10 min lagi untuk naik train seterusnya. Sebelum ini, aku ke Arashiyama dari Osaka guna Hankyu Train dan turun di station terakhir, Arashiyama Station. Untuk kali ini aku turun di Saga Arashiyama Station, station yang berada di tengah JR Sagano Line. Kalau nak diikutkan jarak antara dua station, JR dan Hankyu nie, ada la 20 minit walking distance. Saga Arashiyama Station nie sebelah je dengan Torokko Saga Station, station permulaan bagi scenic train.
Misi utama revisited Arashiyama, aku nak naik Sagano Scenic Train. Timing pun kira ok, masa middle autumn season. Keluar dari train station aku pergi ke kaunter tiket dekat dalam Torokko Saga Station. Kelam kabut juga masa nak beli tiket tu macam itik ngan ayam berkomunikasi. Harga one way ticket scenic train nie 600Y. Bagi membunuh masa menunggu train departed, aku hangout dekat plaza depan station nie. Macam-macam ragam manusia dapat aku observe. Di plaza nie juga tempat brother-brother rickshaw berkumpul cari customer. Harga service dia bagi aku berpadanan dgn bebanan dia bawak. He3.. 15 minit masa berlalu aku bergerak masuk ke dalam station untuk queue naik train yang retro nie. Pukul 2.00 petang, train sampai di platform dan orang mula berpusu masuk ke dalam coach. Aku mulanya duduk sebarang je kat seat yang ada, sekali kena halau secara halus. Hi3.. Kes tak perasan yang tiket aku beli tu dah ada siap reserve seat no. Pura2 pulak tak perasan walhal dah underline siap2 atas tiket. Mencari la seat yang dah allocated . Rupanya seat tu dekat middle section, bukan sebelah window. Hampagas terlupa nak bagi tahu aku nak reserve seat sebelah window. Mula la extend monopod bagai sampai Japanese couple sebelah rengsa dan bagi aku duduk kat window view seat. Arigato je la balasannya. Nie semua trick nak hidup!.
image
Stesyen JR Arashiyama
image
Train masuk dalam terowong
image
The ride.. Dapat juga duduk kat window seat
[[MORE]]
image
image
image
Scenery along the the railway line. 
Scenic train nie bergerak meninggalkan Torokko Saga Station menuju Torokko Kameoka melalui kawasan perbukitan Nishiyama. Train bergerak dalam mood perlahan agar penumpang dapat menikmati kawasan semulajadi Arashiyama. Di sesetengah section laluan, aku dapat lihat orang bermudik santai di Sungai Hozugawa. Itu juga salah satu aktiviti tarikan di Arasihiyama. Masa tengah layan feel tengok autumn foliage scenery, tiba2 datang mascot tradisi local datang masuk coach aku dengan aksi komedinya. Terkejut masing-masing. Sekilas macam Hogo-hogo pun iya. Selepas 25 minit perjalanan yang santai, train akhirnya tiba di Torokko Kameoka. Memandangkan beli one way ticket, aku kena transit ke station JR Umahori untuk balik semula ke Arashiyama. Kena jalan dalam 6 minit macam tu untuk ke station nie. Aku hampir kesesatan sebab tak peka dengan direction signage. Perjalanan balik agak cepat dalam 7 minit guna JR Local Train.
image
Jelapang padi terbentang sebaik turun dari train.
image
Station JR Umahori
Disebabkan masih banyak masa lagi aku decide untuk ke Bamboo Groove. Tempat nie macam ada aura yang kuat untuk buat orang pergi ke sini. Selok belok dalam Bamboo Groove nie sikit2 aku boleh ingat, itu pun based on my previous experience. Masuk sini free so apa lagi lenjan la kaki merayau dalam bamboo grooves nie. Masa aku lalu dalam area bamboo grooves ternampak back entrance gate Tenryuji Temple. Mulanya ada la rasa nak menjenguk tapi pikir balik, baik aku explore kawasan riverside Sungai Katsura. Saja nak test power mental map, aku jalan ikut back route dari Bamboo Grooves direct ke Togetsukyo Bridge. Sampai di riverside area, operasi berpiknik dimulakan. Alas perut dengan Tuna Onigiri dan Oreo biscuit. Dua benda nie la yang aku selalu consume bila travel di Jepun especially. Jam 5.30 petang bergegas ke Saga Arashiyama Station untuk pulang ke Kyoto Downtown. Sampai di Kyoto Station, aku berjalan kaki pula ke Hana Hostel. Rancangannya nak ambik luggage je sebab aku dah check out pagi tadi. Tapi disebabkan masih banyak masa, aku duduk lepak dekat lounge hostel layan free internet dengan tengok TV tanpa ada rasa bersalah. Sempat aku masak kari ayam Tesco ngn instant rice Lawson. Makan Onigiri je tadi mana boleh tahan lama. Bila dah berejam rileks kat lounge, aku pun rasa dah cukup masa untuk keluar dari hostel. Masa nak keluar, awek receptionist tu sapa aku. Dia mulanya ingat aku belum check out. Lepas tu aku bagitahu dia aku dah check out pukul 7.30 pagi tadi. Lepas tu dia senyum2. Padahal dalam hati dia mesti tengah menyumpah aku, boleh pulak dia nie lepak berjam2 buat macam rumah sendiri walhal dah check out lama.
image
image
Masa nie ramai giler tourist crowd di Arashiyama
image
image
image
image
One of the best atmosphere in Kyoto, Bamboo Groove 
image
image
image
Aktiviti bersampan di Katsura River
image
image
Jam menujukkan pukul 9.00 malam aku dah ada kat Kyoto Station. Overnight bus ke Tokyo gerak 12.00 malam. Banyak lagi masa tu, dalam 3 jam. Aku pun tak tahu nak merayap ke mana. Lastly decide merayau dalam Kyoto Station je. Kyoto Station nie punya la besar siap ada departmental store ngan hotel. Aku naik escalator ke Tingkat 1 lepas tu ternampak satu section steps yang orang duduk lepak ramai-ramai. Aku pun ambil bahagian la melepak sama. Dia orang rupanya bukan duduk semata rupanya tengah tengok Christmas tree illumination. Menarik juga tengok benda nie sambil tu boleh rehatkan kaki, dah seharian berjalan. Dalam pukul 11.30 malam aku tinggalkan steps tu untuk ke bus stop Willer. Jenuh juga tercari-cari, mana bus stop tu. Antara yakin tak yakin je. Masa tengah menunggu aku terserempak dengan satu gang Indonesian tourist nie. Kiteorang mengombrol kosong sementara tunggu bas datang. Bas yang diorang akan naik tak sama dengan bas aku walaupun destinasinya sama, Tokyo. Aku sengaja beli overnight bus sebab boleh jimat duit transport dengan accommodation. Tiket bas nie pun beli kat online dua bulan sebelum bertolak ke Jepun. Takut tiket overnight bus habis. Harga tiket masa tu 5980Y one way dan bus yang aku naik ada electrical outlet. Senang sikit nak charging gadgets nie. Pukul 12.10 pagi bas meninggalkan Kyoto menuju ke Tokyo. continue
image
Kyoto Tower 
image
Indoor illumination dalam Kyoto Station. 

0 comments:

Permulaan hari kedua yang baik dengan cuaca cerah di Kyoto. Aku gerak berjalan kaki ke Kyoto Station yang terletak tidak jauh daripada Hana ...

Kansai-Kanto Journey: Part 2a (Fushimi)

Friday, September 05, 2014 Die Zehn 0 Comments

Permulaan hari kedua yang baik dengan cuaca cerah di Kyoto. Aku gerak berjalan kaki ke Kyoto Station yang terletak tidak jauh daripada Hana Hostel. Sebelum menuju ke train station aku simpan bulky luggage dekat hostel store sebab malam nanti aku meninggalkan Kyoto. Destinasi pagi ini yang dituju adalah ke Fushimi ward. Aku gunakan mod JR train untuk ke sana bagi utilized balance credit dalam ICOCA. Rugi pula kalau tak diguna card nie sepenuhnya.


Bila sampai di train station, aku mula mengagau cari platform. Kyoto Station nie boleh tahan besarnya. Lepas kesesatan beberapa minit akhirnya jumpa jua platform yang dicari, Platform 10 JR Nara Line. Durasi ke Inari Station yang hanya sekitar 5 minit dengan kekerapan 20 min jadikan perjalanan nie cukup santai tanpa aku perlu menempuh Kyoto’s morning rush.


image



Suasana ‘morning rush’ di Kyoto Station.



image



Platform 8. Sebenarnya dah salah platform.. Ha3



Keluar daripada Fushimi Station, mata melilau mencari Tori Gate yang dikatakan dapat dilihat dari sini. Berdasarkan pembacaan aku, Tori Gate nie landmark yang cukup obvious untuk ke Fushimi Inari shrine. Rancangan ke sini sebenarnya untuk tengok deretan Tori Gate disamping short trekking ke bukit belakang shrine nie. Berjalan tak sampai beberapa minit, aku dah ada sampai kat bawah Tori Gate yang besar tu. Aku meronda sekejap sekitar di bahagian bawah terlebih dahulu. Ada beberapa bangunan ‘shrine’ dan kedai souvenir di situ.


image



Gigantic and contra Torri Gate lead to King’s Gate



0 comments:

Dipendekkan cerita pesawat berlepas meninggalkan Tanah Air pada dini pagi. Tiada drama, sinetron mahupun telenovela yang overreacting sepan...

Kansai-Kanto Journey : Part 1 (Kinugasa & Higashiyama)

Saturday, July 12, 2014 Die Zehn 0 Comments

Dipendekkan cerita pesawat berlepas meninggalkan Tanah Air pada dini pagi. Tiada drama, sinetron mahupun telenovela yang overreacting sepanjang perjalanan ke Kansai.  Kelihatan semua smooth and in order. Sampai di Kansai Airport (KIX) kira-kira pukul 8.30 pagi dengan kelewatan yang agak munasabah. Tanpa membuang masa dgn berselfie di Wing Shuttle atau memotret dalam bidet toilet, aku bergegas ke Immigration Gate. Seperti yanga aku jangka, very long queue menanti. Kalau masa tu la sibuk nak fill in arrival card memang tak dapat la Kichi nak tolong. Q here, please! sambil tangan menunjukkan ke arah belakang barisan. Nasib baik aku dah settle filled in benda tu semua dalam pesawat.


image



Flake ice and rising of sun. Kali nie dapat window seat.



image



JR and Nankai’s Kansai Airport Train Station.



Selesai di Immigration sangkut pula di Custom. Tiada gempa apa, baggage aku kena random check dengan custom officer. Setelah Kichi berpuas hati, aku meluru ke arrival hall dgn trolley bagai walaupun hanya membawa satu backpack 70L jer. Baru beberapa meter keluar hall tu untuk sekian kalinya disapa policemen berpakaian preman nak tengok passpudo aku. Benda nie prosedur biasa dan aku dah aware sejak  trip lepas.


Memandangkan matlamat revisited Kansai adalah untuk melengkapkan Kyoto tour, aku terus ke Kyoto downtown dengan by-pass Osaka. Bagusnya Kansai nie adalah accessible dan well connected dgn public transport. Pelbagai varian fasiliti transport yang affordable. Untuk trip nie, aku pilih untuk guna ICOCA+Haruka. Beli satu package dgn harga Y3,000 (one way) agak ekonomik bagi aku. ICOCA bukan sahaja boleh guna untuk bayar transport fare tapi boleh juga beli barang dekat vending machine mahupun convenient store. Haruka pula express train service yg menghubungkan KIX dengan Kyoto dengan durasi perjalanan 70 min. Boleh jimat masa dekat sini. Selain penggunaan di Kansai, ICOCA card juga boleh diguna di Tokyo area.


image



Beli ICOCA+Haruka dekat JR counter. Tengok kat jam dinding tu. Flight landing pkul 8.40am, aku settled Immi+Baggage Claim+Custom+Police setengah jam je. Kat sini masa tu emas.



image



Dah beli tiket, gerak ke train platform.



image



JR Haruka train yg lebih cepat dari Nankai Airport Express



Aku ada pengalaman guna Osaka Unlimited Pass untuk 1-Day dan 2-Days (sekarang rebranding jadi Osaka Amazing Pass) masa trip lepas. Travel pass nie sesuai untuk beginner yang nak explore Osaka secara ekstensif guna subway dan private railway selain JR di Osaka disamping masuk free facilities/attraction admission. Boleh mengelakkan bayar tambang yang tak perlu seperti kesesatan masuk subway line’s gates. Lupa nak bagi tahu yang OUP nie ada extended version yang boleh guna dari KIX lagi. Nama pass tu OUP Nankai Version 1 Day dan boleh beli di Nankai rail counter sahaja (KIX, Namba etc). Harga Y2900, kiranya boleh jimat juga la untuk airport transfer (Airport Express) ke Osaka dari KIX.  


image



Osaka Unlimited Pass 2 Days (left), 1 Day-Nankai Version (centre), 1 Day (left) and Nankai Compass Card (Bottom).



Dalam pukul 10.00am tiba di Kyoto Station. Gerak berjalan kaki ke Hana Hostel yang aku dah booked 3 bulan awal. Masa peak season disyorkan booking awal sebab hostel di Kyoto selalunya fully booked. Sengaja datang 2 jam awal dari check in time sebab aku nak tinggalkan baggage. Kalau simpan dalam locker dekat Kyoto Station, caj dalam Y300 untuk satu hari. Pikir daripada membazir kat situ baik buat beli makanan.


image



Mural dekat Haruka Platform, Kyoto Station.



image



Vending machine dengan Japanese society mmang susah nak dipisahkan. Dengan aku-aku sekali terjebak. Macam ada strong magnet. 



Perancangannya aku nak bermula dari tempat paling jauh daripada senarai yg aku dah listing terlebih dahulu iaitu ke Kinugusa. Selain itu nak fully utilized Kyoto City Bus 1D Pass. Ward nie ada banyak attraction dah paling well-known, Kinkaku-ji atau Golden Pavilion. Aku mulakan langkah dengan menaiki subway ke station Kitaoji. Kemudian aku beli Kyoto City Bus 1 Day Pass di situ untuk ke Kinkaku-ji. Disebabkan aku naik dari Kitaoiji Bus Terminal, tak ada la bersesak sangat dalam city bus tu. Just nice, seat pun tak payah nak berebut siap boleh berborak lagi dengan local walaupun hanya beberapa patah perkataan je aku paham. On weekend, those city buses will pack dgn tourist sepanjang perjalanan terutamanya kalau gerak dari Kyoto Station. Dari bus stop kena jalan sikit ke entrance Kinkaku-ji. Ikut sahaja crowds mesti tak sesat.


image



Kitaoji Intracity Transport Terminal (City Bus & Subway)



image



Kyoto City Bus 1 Day Pass, harga Y500 dan boleh guna unlimited ride within Kyoto central area.



0 comments:

We Palestinians don’t talk about fear, we talk about death. Our rockets scare them; their rockets kill us. We have no bomb shelters, we have...

Wednesday, July 09, 2014 Die Zehn 0 Comments

We Palestinians don’t talk about fear, we talk about death. Our rockets scare them; their rockets kill us. We have no bomb shelters, we have no sirens, we have nowhere we can take our children and keep them safe. They are scared. We are dying.

Mohammed al-Khoudry, Palestinian farmer (via fotojournalismus)

0 comments:

Konnichiwa. Trip yang dah berbulan-bulan lepas baru terhegeh-hegeh nak cerita. Meski musim terus berganti, dari Autumn sampai ke Summer raji...

Kansai-Kanto Journey: the Outline

Tuesday, June 17, 2014 Die Zehn 0 Comments

Konnichiwa.


Trip yang dah berbulan-bulan lepas baru terhegeh-hegeh nak cerita. Meski musim terus berganti, dari Autumn sampai ke Summer rajin tu tak datang-datang gak. Ha3..


Nawaitu nak kembali ke Jepun datang secara tak sengaja selepas 2 bulan balik dari first trip Kyoto-Osaka-Kobe. Duit baki trip lepas pun masa tu masih ada beribu Yen hasil perancangan cheapskate.


Journey kali nie kiranya adalah extended trip daripada trip sebelum nie. Dek kerana membeli tiket tanpa merangka time budget dulu, aku hanya ada 6 hari nak explore Honshu. Nak buat rail trip guna JR Pass pun tak berbaloi sebab rugi 1 hari. Nampak tak cheapskate kat situ. Aku pulak jenis responsif dengan situasi yang ada. Redho merangka trip 6 hari walaupun sesekali ada terlintas nak extend day kat Jepun.


Setelah membaca beberapa blog traveler kental Japan bagi mendapatkan maklumat trip attractions, accesibiliti transportasi dan ditambah dengan special interest sendiri, akhirnya aku decided guna itinerary ‘Radiation Hub’. Pergh bombastic giler word tu. =p Jangan korang salah anggap pulak, aku belum bersedia nak pergi kawasan yang effected dengan nuclear radiation. Itu hanya sekadar nama.


Rancangannya aku jadikan Tokyo dan Kyoto sebagai base bagi trip nie. Aku stay di dua bandar yang cukup sinonim dengan Global City dan Cultural City. Dari kedua-dua bandar nie aku buat multiple side trips ke destinasi lain yang berhampiran.


Overall journey nie memang rush tapi aku gembira sebab hampir semua tempat yang dirancang dapat pergi dan aku tak bankrupt, siap boleh buat trip Bali lepas g Jepun


Ini itinerary


0 comments:

Aakinabaluuu.. #zehnscale #travel #2thebeach #vmy #2014 (at zehnscale dropbox)

Thursday, June 12, 2014 Die Zehn 0 Comments





Aakinabaluuu.. #zehnscale #travel #2thebeach #vmy #2014 (at zehnscale dropbox)

0 comments:

mimic the natural landscape with cone shape resemble Mount Fuji, One of the outstanding 'retirement' villa garden moss a...

Friday, June 06, 2014 Die Zehn 0 Comments



mimic the natural landscape with cone shape resemble Mount Fuji,






One of the outstanding 'retirement' villa garden






moss as part of integral garden features






Autumn colours






Sea of Silver Sand in the distance






Harmony of colour






fox and brightly lacquered gate






Tori on the hilly-forest terrain






worship






the Path



an Autumn Jaunt in Japan : Part 2

0 comments:

"Dalam serpih-serpih cahaya dan gerak geri halus benda-benda, tersimpan rahsia mengapa kita ada" -A.Hirata

#adrea_hirata #travel #spring #2014 #south_korea

Monday, June 02, 2014 Die Zehn 0 Comments





"Dalam serpih-serpih cahaya dan gerak geri halus benda-benda, tersimpan rahsia mengapa kita ada"
-A.Hirata

0 comments:

lazy river rafting in class 2-3.. boleh la.. Ha3 #iamnovice #zehnscale #travel #river_rafting #kedewatan #throwback #indo

Saturday, May 24, 2014 Die Zehn 0 Comments





lazy river rafting in class 2-3.. boleh la.. Ha3 #iamnovice #zehnscale #travel #river_rafting #kedewatan #throwback #indo

0 comments:

an Openness view. Autumn colour in Kinkakuji the Pavilion. an object of pleasure. having a cup of Tea? the Bonsai. art...

Friday, May 23, 2014 Die Zehn 0 Comments







an Openness view.






Autumn colour in Kinkakuji






the Pavilion. an object of pleasure.






having a cup of Tea?






the Bonsai. art of growing tree






the Gates, Nio-mon and Sai-mon






Outstanding Koyasu Pagoda with illuminated Higashiyama in the foreground.






Well known wooden terrace during autumn illumination.






Night view of Kyoto Downtown in the distance.



an Autumn Jaunt in Japan

0 comments: