Permulaan hari kedua yang baik dengan cuaca cerah di Kyoto. Aku gerak berjalan kaki ke Kyoto Station yang terletak tidak jauh daripada Hana ...

Kansai-Kanto Journey: Part 2a (Fushimi)

Friday, September 05, 2014 Die Zehn 0 Comments

Permulaan hari kedua yang baik dengan cuaca cerah di Kyoto. Aku gerak berjalan kaki ke Kyoto Station yang terletak tidak jauh daripada Hana Hostel. Sebelum menuju ke train station aku simpan bulky luggage dekat hostel store sebab malam nanti aku meninggalkan Kyoto. Destinasi pagi ini yang dituju adalah ke Fushimi ward. Aku gunakan mod JR train untuk ke sana bagi utilized balance credit dalam ICOCA. Rugi pula kalau tak diguna card nie sepenuhnya.


Bila sampai di train station, aku mula mengagau cari platform. Kyoto Station nie boleh tahan besarnya. Lepas kesesatan beberapa minit akhirnya jumpa jua platform yang dicari, Platform 10 JR Nara Line. Durasi ke Inari Station yang hanya sekitar 5 minit dengan kekerapan 20 min jadikan perjalanan nie cukup santai tanpa aku perlu menempuh Kyoto’s morning rush.


image



Suasana ‘morning rush’ di Kyoto Station.



image



Platform 8. Sebenarnya dah salah platform.. Ha3



Keluar daripada Fushimi Station, mata melilau mencari Tori Gate yang dikatakan dapat dilihat dari sini. Berdasarkan pembacaan aku, Tori Gate nie landmark yang cukup obvious untuk ke Fushimi Inari shrine. Rancangan ke sini sebenarnya untuk tengok deretan Tori Gate disamping short trekking ke bukit belakang shrine nie. Berjalan tak sampai beberapa minit, aku dah ada sampai kat bawah Tori Gate yang besar tu. Aku meronda sekejap sekitar di bahagian bawah terlebih dahulu. Ada beberapa bangunan ‘shrine’ dan kedai souvenir di situ.


image



Gigantic and contra Torri Gate lead to King’s Gate




image



Fox as messenger for them.



image



One of the small shrine buildings in lower section.



image



In malay we called it as Tombak Layar. 



image



Schichi-go-san



Selesai di lower section, mula mengorak langkah ke mid section. Kena mendaki beberapa anak tangga dulu sebelum jumpa well known tori gates tunnel. Deretan tori gates yang rapat dan banyak ini membentuk covered walkway. Setiap satu gate ini disumbangkan oleh individu atau organisasi sebagai good fortune. Sebolehnya datang ke Fushimi Inari awal sebab crowds akan berduyun ke dua laluan tunnel nie dalam pukul 10 pagi hingga 4 petang. Susah sikit nak bergambar kalau dah ramai sangat dalam walkway tu.


image



Beratus-ratus anak tangga nak kena daki



image



Tori Gates Tunnel. Yang nie saiz besar.



image



Trekking route map. 



Trekking aku di Fushimi tak berhenti di tori gates tunnel itu sahaja. Aku panjangkan langkah mendaki ke upper section. Sepanjang laluan mendaki ini akan melalui ratusan lagi tori gate yang bermacam2 saiz dan colour intensity. Ada juga beberapa rest point di pertengahan laluan di singgah untuk brief stop sebelum meneruskan hiking. Laluannya mudah untuk difahami dan tidak mengelirukan. Inshallah tak sesat. Aku hanya hiking hingga ke satu vantage point yang mana boleh lihat Kyoto downtown dari lereng bukit. Nak ke vantage point nie ambil masa tak sampai satu jam. Indication sudah sampai ke kawasan nie akan jumpa simpang dan nampak kawasan cemetery lama. Masa sampai tu tak ada ramai orang sangat kat sini. Graveyard sini aku perhatikan tinggi-tinggi, tinggi sama level dengan eye view. Lagi satu, susunan graveyard macam maze. Cuma tak ada la orang sanggup nak main hike and seek kat sini. Karang tak jumpa jalan balik pulak. Tak berapa jauh dari cemetery tu ada another vantage point dan pemandangan dari situ lebih menarik berbanding point pertama.


image



Another Tori Gate tunnel toward upper section.



image



Panorama Kyoto. Cuaca tak begitu gemilang.



image



This selfie phto taken at another vantage point near old graveyard.



image



Maze of graveyard. Tori Gate’s batu.



image



Sebenarnya norm orang jepun tak suka kita ambil gambar graveyard diorang.



image



Mini Tori Gate as offering?



image



Batu batan.



Lepas berehat dan bermalas-malasan sekejap kat tempat tu aku decide untuk turun balik. Aku guna laluan yang sama dengan laluan mendaki tadi. Ada jer laluan lain tapi trail yang lain tu tak berapa proper sangat dan susah nak navigate. Tourist jarang guna laluan trail tu. Sebelum sampai di kaki bukit aku ada sempat menjenguk dua tiga small shrine lain di bukit tu. Suasana shrine tu bermisteri.


image



Masa gerak turun terserempak dengan ramai porter yang hendak naik ke atas. Diorang hantar goods kat kedai and restaurant atas bukit.



image



Asal tak ada orang. Mula la keluar camera. =p



Tiba semula di entrance, banyak kedai di lower section dah beroperasi dan kawasan shrine compound dipenuhi dengan tourist yag datang melawat. Kedai kat section sini banyak jual local pastry, FM dan handicraft berkaitan dgn tori gate dan fox. Harga FM lebih kurang sama dengan harga dekat Higashiyama. Nasib baik aku datang sedikit awal. Keluar dari pintu masuk tadi aku menghala ke bahagian kanan untuk recce satu street nie. Street nie bagi aku agak menarik untuk di explore sebab di situ banyak kedai souvenir dan restaurant yang diusahakan oleh family dan tidak terlalu commercialize. Kemudiannya menuju pulang ke Inari Station untuk ke Tofukoji Temple. Walaupun Tofukoji Station hanya selang satu station sahaja tapi jaraknya jauh untuk berjalan. Tenaga dah banyak habis masa mendaki lereng bukit tadi. Nanti dah sampai Tofukoji tak larat pula nak explored situ. Aku recommend untuk naik sahaja train untuk jimat masa dan tenaga.


Dari Tofukoji Station ke temple mengambil masa kira-kira 10 min (masa berjalan rakyat Malaysia) sebab kena tempuh beberapa blok perumahan sebelum sampai main entrance. Aku guna teknik observe dan follow . Malas aku nak tengok map bagai. Lagipun ramai orang berpusu ke situ. Macam ada festival. Temple nie punya compound besar, ada section yang free entry dan ada juga berbayar. Section free entry tu banyak binaan-binaan monumental dan besar macam main gate dan main hall. Aku tak sempat explored sangat section tu sebab aku kan follow crowds. Rata-rata yang datang ke Tofukoji Temple nie nak tengok autumn colours dekat garden dia.


Nak masuk section garden kena bayar entry fee Y400. Masa datang kena pulak dgn timing peak autumn foliage memang tak sia2 la aku berjalan 10 min ke sini. Garden nie dipenuhi dengan dedaun merah dan jingga pokok-pokok maples yang hidup subur di kawasan gully. Selain itu, ada anak sungai yang mengalir merentasi garden nie. Ada 3 jambatan yang merentangi anak sungai tadi. Aku lalu jambatan besar dulu sebelum ke bahagian-bahagian lain dalam garden. Pengujung yang datang melawat lebih tertumpu di jambatan Tsuten sebab view dari atas jambatan lebih menarik dan cantik untuk tengok dense koyo leaves. Jambatan nie ada dekat bahagian tinggi manakala maple tree ground ada di bahagian bawah.


image



Zendo Hall. Tempat meditasi diorang.



image



Tofukuji kyozo.



image



View ke arah gully yang padat dengan maple trees.



image



Berduyun manusia atas jambatan tu.



image


image



Dense autumn colours.



image


image



Stream yang melintasi Tofukuji’s garden



image



Rock sculpture



image



Pleasant walking around garden



image


image


image



Merah membara warna daun nie. Masa datang pokok nie paling menyerlah. Orang duk tumpu kat sini jer.



image



Tengok berapa ramai orang kat belakang tu.



image


image



Naik balik ke jambatan yang dah lalu tadi.



Puas berjalan dalam garden aku pergi pula Kaisando Hall yang terletak bersebelahan. Hall nie ada beberapa laman zen dan rock garden yang tersusun cantik dalam hall compound. Sebenarnya dalam nie ada menempatkan kubur pendeta pertama temple tapi masa dalam nie aku tak nampak pula kat mana tempat tu. Dah habis melilau aku pergi balik ke outdoor garden. Kalau nak bergambar dalam Tofukoji nie eloknya datang selepas waktu tengah hari, sebab view ke arah kawasan maple scenery nie betul-betul menghadap matahari naik. Gambar mungkin overexposed atau underexposed. Tapi kalau korang power psl photography mahupun photoshop itu benda enteng je. Aku mmng surrender awal2 lagi.


image



Pokok yang gemilang



image



minimalist zen garden



image



Sand art dekat Kaisan-do compund.



Sejam berada di sini, aku bergerak keluar dari garden dan menuju balik ke train station. Misi seterusnya aku melawat kembali Arashiyama yang pernah aku jejak setahun yang lepas. Daerah yang memukau nie pergi 5 kali pun tak apa. Kali nie aku datang waktu daytime.


continue  




________________________________________________________



p/s: Malaysia’s Playground, Cuti-cuti Malaysia




The North Borneo Zipline from scrugget

0 comments: