Malas dan masa kalau bergabung memang mengandung la. Mau 9 bulan baru boleh keluar entry trip aku pergi Korea. Ha3.. =D Tapi disebabkan bnyk...

Read My Wiki Korea : Seoul Part 1

Friday, June 28, 2013 Die Zehn 0 Comments

Malas dan masa kalau bergabung memang mengandung la. Mau 9 bulan baru boleh keluar entry trip aku pergi Korea. Ha3.. =D Tapi disebabkan bnyk benda lagi pending so aku mengigihkan diri jugak la untuk menaip experience ke sana. Bila memori korup nanti mmng msk recycle bin la semua. 



 



Sebenarnya aku bukan tau sangat pasal Korea nie. Yang aku tau Park Ji Sung dengan Drama My Love Patzzi. Drama tu pun aku slalu skip. Yang geopolitic tak payah citer la, lagi arh blur2. Nak dipendekkan cerita tahun nie aku dpt g ke Korea. Memang ada plan nak pergi tapi tak tahu la bila. Tahu-tahu dapat pergi. Memandangkan aku tak de idea sangat pasal korea aku mula la nak ambik pot. Member aku RMLY (bukan nama sebenar, peminat ManU) nie hantu Korea. Bahasa korea pun tahu sikit2. Dia arh pengaruh aku tengok Running Man. Mula-mula aku tengok just nak tau culture orang Korea last2 dah ketagih. Tapi belum parah lagi.


 


image



Ding dong ding ding.. hari nak pergi pun tiba. Masa tu aku dah tengok nak dekat 30 episode Running Man. Giler slowpoke. Trip kali nie tak payah wat ground arrangement, semua dah diatur travel agent. Memang goyang kaki la. Flight pukul 7.30, so aku balik keje awal nak catch up travel dri Klang ke KLIA. Aku naik Vietnam Airlines kali nie. *Makcik2 yg arrange trip nie lambat booking, yang tinggal Viet A je, mmng harapan la makcik2 tu berangan nak naik Korea Air.. =)


 


Sampai dekat KLIA, check in bagai kemudian tunggu boarding. Perjalanan ke Korea kali nie ada transit dekat Saigon. Time dapat tau masa first dlu, perasaan mmng ada terfikir prob nnti. Tapi last2 aku buat don’t no jer, tak de preparation pun. Anggap macam flight biase jer. =) Perjalanan KLIA ke Saigon ambil masa nak dekat 2 jam juga la. Pergi malam so dalam flight ada dinner meal la. Sedang leka layan Manga, terdengar stewardess Viet A cakap chicken or fish sayup dari jauh. Aku pun berfikir2 nak ambik meal apa. Orang tepi aku ckp ambik fish ok. So bila stewardess datang, aku pilih la fish. Selalu dalam flight aku makan Nasi Lemak Pak Nasser jer. Kali nie tukar selera la cikit. 



image



in flight meal, kueyteow fish fillet.



Memang layan jer la dinner meal tu walaupun aku rasa tasteless. Aku habiskan main dishes dulu, disusuli dengan dessert dan disudahi dengan salad. Tengah ngap2 salad tu tibe2 aku rasa semacam, knape ada rasa ayam.  aku berhenti makan tengok pe bende yg masuk dalam mulut aku tdi. Sah! sosej apar dia nie. Dengan cahaya keimanan baru aku teringat sosej ayam tu blum tentu guna ayam sembelih sebab dekat packaging meal tu tak de tulis Halal. Aku dgn rasa tawaduk cuba bagitahu member belakang jgn makan salad tu. Sekali aku tengok bowl tu dah separuh habis tnggl daun salad jer. Dua kali aku tengok main dishes pon dah habis. Rupanya dia belasah meal yang chicken tu. Tersenyum je la mampu.


 


Sampai Saigon dalam pkul 8.50, transit Saigon ke Incheon ambil masa 3 jam. Rupanya kerisauan aku mula2 dpt tau flight nie jenis transit mmng ada kebenarannya. Kehausan giler babai dekat Saigon. Aku dan member2 lupa nak tukar sikit duit Dong mahupun USD. Rengsa gile tak de air nak minum. Mula la macam2 drama buat. Hmm~ Air mineral dia jual guna dua currency nie jer, tu pun hrga 500ml nak dekat 9 ringgit. Giler.. Saigon Airport nie pun kedekut gak, tak de pun nak provide drinking fountain. Menyesal dalam board tadi tak minum banyak. Bagi nak kurangkan rasa haus tu mula la mundar mandir tengok barang dekat duty free shop. Tak ada apa yang aku rasa special. Penuh dengan jualan kulit buaya je aku tengok.



image



jiwa tekak terseksa di Saigon. Lambat lagi nak boarding. Thirsty!



image



 tersadai depan travelator. Nothing much to do.



Dalam pukul 12 kalau tak silap berlepas la aku dari Saigon ke Incheon. Perjalanan kali nie ambil masa 4 jam 50 minit. Flight kali nie besar sikit as compare dari KUL ke SGN. Dalam flight tido je memanjang walaupun seat dia mmng tak selesa. Sampai masa second dinner meal pun dia served. Kali nie ade sticker Halal. Habis makan continue tido. Tak da drama on board pun. Maybe masing2 tido mati lepas mengkedarah meal tadi. Touchdown bumi Korea pukul 7.30am waktu sana. Sampai jer mula la cari toilet. Kalau ikut resam member aku kalo ko dah melabur dekat ctu msti ko akan datang lagi sekali. Kebenarannya?. Lu experience sendiri la. Cuaca mmng betul sejuk, tapi aku rasa time pergi Guilin last year lagi sejuk. Lupakan Guilin fokus dekat Seoul yang sedang dijejaki. Habis urusan imigresen, melepak sekejap dengan airport tunggu Guider sampai. 


 


image



Sampai sudah Incheon. Running Man start!




Destination yang dituju the core of historic Seoul, Gyeongbok Palace. Tapi sebelum tu agent bawak pergi National Folk Museum. Sebelah je dengan Gyeongbok Palace, Eastern side. Aku rasa kawasan museum nie a part of big puzzle of Palace compound. Guider ada la citer cikit2 pasal Korean folk tradition and custom. Dari citer pasal adat lama hendak tinggalkan rumah meleret ke fertility. Aku sempat explore kawasan compound je tak masuk pun bangunan museum. Guider dah panggil2 pergi Palace pulak.


 


image



Museum Sign. Kalau korang sesat aku tak tau la nak cakap. Punya la besar.



image



Patung2 yang katanya banyak ada dekat Jeju




image



Nie la rupayer gate rumah orang Korea (Jeju). Ada tiga batang kayu. Setiap cara susunan kayu-kayu tu memberi meaning tertentu. Orang tak de dekat rumah la, pergi kedai kejap dan macam2 lagi



 image



Ni aku lupa apa benda, compound kubur kot.



image



5 layer roofed of Museum Building. prominently seen in the distance



image



Circle of Chinese Zodiac




image



Ads



 


Jalan kaki dari compound Museum ke Gyeongbok Palace. Menarik tengok richness of Korean architecture details. Aku pun bukan dengar sangat apa yang Guider bebelkan. Tapi macam biasa ‘the feel of the land’ kena ada, walaupun sejam je dekat sini. Palace nie ada beberapa layer. Outer court, inner court  sampai la private space untuk King. Main entrance dia facing south. Ada ceremonial courtyard, singahsana, opis King, rumah King dan kaum kerabat, garden dan few other things. Jenuh nak tulis semua. 



image



Entrance ticket to Gyeongbok Palace. Harga sila semak dalam website dia.



image




bright colourful lacquer on roof base. Detailing superb.



image



Putik-putik. menandakan Spring will come



image



Banquet hall facing west side. Makan sambil tengok sunset



image



Throne hall 



image



Mosaic batu-batu nie sengaja buat tak rata. Siapa yang duk berangan masa tengah berjalan confirm tersadung. Tujuan buat tak rata bukan sebab diaorang tiada teknologi untuk finishingkan floor tu tetapi simbolik hormat rakyat kepada King. Memang make sense pun bila berjalan dekat permukaan tak rata confirm2 mata pandang bawah, kepala secara tidak langsung akan menunduk ke bawah. 



image



View towards southern side. Tempat dimana Main Gateway located.




Ok bersambung di Part 2

0 comments: