Kalau pergi Osaka, Umeda Sky Building antara common spots untuk meninjau city view. Aku berkesempatan untuk pergi  tempat nie walaupun kaki ...

Read My Mind : Osaka Aku Datang Part 8 ( Round-up view of Osaka )

Saturday, June 22, 2013 Die Zehn 0 Comments

Kalau pergi Osaka, Umeda Sky Building antara common spots untuk meninjau city view. Aku berkesempatan untuk pergi  tempat nie walaupun kaki dah sakit2 time tu.


 


Umeda Sky Building dengan ketinggian 173m terletak di Shin Umeda, Kita Ward. Tiket untuk ke main observatory berharga 700 Yen dan facility nie di covered by osaka unlmtd pass. So aku masuk free la. Bangunan nie ada dua main tower dan bersambungan antara satu sama lain oleh ‘Floating Garden Observatory’. Floating garden observatory nie ada dua section platform. satu indoor dan lagi satu outdoor. 


 


image



Floating Garden Observatory dari aras bawah



image



One of the world highest escalator. Unik. Menghubungkan tingkat 35 West Tower ke tingkat 39 East Tower




Bila berada di dalam kena bayar entrance ticket dulu dekat kaunter dan kemudian naik glass elevator ke tingkat 35. Laju jugak la elevator tu. Kemudian sampai la tingkat yang dituju. Ada small restaurant, kedai gift dan scale model Umeda Sky Building. Kemudian naik la escalator tertinggi dekat dunia untuk ke bahagian atrium. Impressive jugak la masa naik escalator tu. Dekat Tingkat 39 tu ade gak souvenir shop. Tapi macam biasa harga dia mmng terbaek!.



image



Sekali dengan tiket masuk ada dia attached sekali ‘star’ note untuk korang tulis madah2 cinta dekat situ. Kalau dh confident dgn ayat2 korang tu gantung dekat star besar nie pulak




Teruskan perjalanan ke Tingkat 40. Dekat floor nie ada sitting area yang pelik2 dan cafe. Bahagian yang menghadap Yodo River ada transparent counter sitting area untuk tengok view. So dudukla aku dekat situ sebab seharian jalan mana tak penat yer. Selain transparent counter ada gak bench untuk couple. Bila ada couple duduk dekat bench tu nanti bertukar2 colour dan ada projection imej keluar. Semua nie bergantung dengan cara korang duduk. Guna kuasa cinta katanya.. Ha3… So duduk sila beradap cikit dekat atas bench tu silap haribulan kena electric plak.. =D



              image




Kemudian ke Rooftop dimana terletaknya Lumi Deck. Lumi Deck nie la outdoor observatory deck.Time pergi malam dan cuaca gerimis mmng kesejukan la dekat atas tu. Bahagian roof top nie la yang dikatakan floating garden walaupun takda pokok. Guna manifestasi Hanging Garden Babylon katanya. ‘Air’dikatakan garden. Memang sukar difahami. Ha3.. Kita boleh berjalan 360 degree untuk tengok city view. Yang menarik ye lagi laluan (Lumi Sky Wallk) nie di paved kan dengan phosphorescent stone, ala macam batu yang glow in the dark. 


 


image



Bridge line dengan residential district di utara dilimpahi cahaya pada watu malam mmng menarik berbanding waktu siang. 



image


image



Skyscraper dekat Kita Ward. 



image



Escalator untuk turun ke bawah




Dah habis ambil feel bertolak balik ke hostel. 

0 comments: