Pagi tu bangun lebih awal berbanding semalam, dalam pukul 6.30 pagi macam tu. Woken up in the middle of night because of bunkbed rocking me...

Krabi Escape’s Log: Part 3 (Ao Tha Lane & Ko Klang)

Wednesday, April 30, 2014 Die Zehn 0 Comments

Pagi tu bangun lebih awal berbanding semalam, dalam pukul 6.30 pagi macam tu. Woken up in the middle of night because of bunkbed rocking memang tak cool. Made morning toilet dan ready untuk pergi breakfast. Masa tengah bersiap, guy (Simon) yang bed dia jadi mangsa drunkard malam tadi bangun tido. Dia masa mula bangun OK je, siap buat stretching bagai atas katil. Tiba-tiba kiteorang perhatikan ekspresi muka dia berubah, macam ada yang tak kena. Gaya dia masa tu macam tengah cuak giler. Cuak punya pasal dia kejutkan member sebelah yang tengah lena tidur. FYI, member dia la yang snagging awal2 pagi tadi. Dia bagitahu ada jumpa satu wallet atas katil tu dan wallet tu bukan dia punya. Kiteorang masa tu malas nak ambik tahu masalah diorang nie, terus je keluar dari dorm. Pandai la settle sendiri. Tengah lepak kat corridor luar tu terserempak pula dengan sorang guy nie. Dia macam tengah mencari sesuatu. Memandangkan dia mundar mandir macam tak ada hala tuju, kiteorang pun sejenak mengimbas memori. Dari susuk badan macam mamat drunkard malam tadi jer. Selepas memikir pendek, lastly member membuat hipotesis yang mana mamat tu memang guy semalam dan dia tengah cari his wallet dan wallet yang dicari sebenarnya ada kat tangan Simon. Nampak tak permainan kat situ. Memang berdekah gelak la kiteorang dekat corridor time tu.


Tinggalkan morning sitcom, start scooter and then pacu laju-laju ke kedai kopi berhampiran. Breakfast pagi nie ala kadar, hanya cukup untuk alas perut katanya. Selesai breakfast, kiteorang balik semula ke hostel sebab songthew akan pick up di situ. Pukul 8.30 pagi songthew sampai dan seperti biasa kiteorang adalah pertama yang di pick up dan terjebak untuk ke hotel-hotel lain mengambil customer lain.



image



Destinasi kali ini adalah ke Ao Tha Lane yang terletak di barat Krabi town. Perjalanan yang mengambil masa sejam dengan pemandangan perdesaan Siam memang membuat sesetengah orang poyo. Ha3. Sebaik sahaja sampai di Ao Tha Lane Pier kelihatan colourful kayak bersusun di gigi air Nai Sa River. Sebenarnya, kiteorang mencari sisi lain Krabi selain pantai dan pulau-pulau nya yang awesome, akhirnya decided  memilih untuk berkayak di Ao Tha Lane’s Estuary. Aktiviti dimulakan dengan briefing oleh guide mengenai cara berkayak dan route yang bakal dilalui. Kali nie pay attention dengan apa yang guide brief sebab serik dengan kejadian semalam. Lagipun guide kali nie friendly and helpful. Our group untuk activity nie pun saiz kecil je, dalam 8 orang. Briefing selama 15 minit tamat, masing-masing mula mengayuh menuju ke muara Nai Sa. Dalam mengayuh tu kena aware sikit bagi mengelak sandbank yang banyak exposed masa air surut. Kalau dah tersangkut kena menolak la pula. Kan dah jadi satu kerje. Skill kayak member merangkap co paddle pun boleh tahan jugak. So kiteorang berjaya chasing guide yang dah menonong ke depan meninggalkan beginner lain.


image


0 comments:

Reclaim the Streets #travel #indo #Sunday #yuk_bersepeda

Saturday, April 05, 2014 Die Zehn 0 Comments





Reclaim the Streets #travel #indo #Sunday #yuk_bersepeda

0 comments: