Bangun pagi untuk hari kedua dengan semangat berkobar-kobar. Antara yang terawal bangun dalam dorm tu. Manusia lain masih membongkang diulik...

Krabi Escape’s Log: Part 2 (Koh Phi Phi & Ao Nang)

Friday, March 21, 2014 Die Zehn 0 Comments

Bangun pagi untuk hari kedua dengan semangat berkobar-kobar. Antara yang terawal bangun dalam dorm tu. Manusia lain masih membongkang diulik mimpi. Selesai bersiap, kiteorang tunggu pick up dekat lounge. Tunggu punya tunggu sampai jua tour pick up. Wah! songthaew kosong. Adakah ini private songthaew macam semalam. Dalam hati rasa tak sia-sia aku bayar mahal untuk tour nie. Rupanya berangan!  masa tu kirenya kiteorang kelompok pertama yang dia pick up. Songthaew pergi sekitar Krabi dan Ao Nang memungut other customer from different hotel. Kalau tak silap ada 4 pickup location hari tu. Bila semua customer dah dipungut baru songthaew gerak ke pier.


Benda pertama kiteorang buat bila sampai Nopparat Thara Beach, cari kedai yang jual breakfast. Kena isi perut dulu kalau tak meragam pulak masa atas boat nanti. Sekitar assembly point tak banyak kedai makanan yang dah dibuka. Penat berjalan ke sana ke mari at last kiteorang beli roti dekat convenience mart buat bekalan. Kembali dari mart, assembly point tu dah penuh dengan visitors. Kemudian di approach seorang wakil tour agent menaya ambil package tour yang mana satu. Lepas beritahu, dia mintak kiteorang pergi berkumpul dengan group tour member yang lain. Kat sini rupanya tempat berhimpun untuk most island tour yang depart dari Krabi mainland. Ada Phi Phi Islands, Four Islands, Hong Island etc. Tunjuk payment receipt dan dapat sticker sebagai welcome gift! Sebenarnya ada fungsi dia suruh tampal sticker tu.


image



Nopparat Thara Beach is about 3km long coastline, adjacent to Ao Nang.



Berjalan dalam 100m dari assembly point tadi sampai la di pier. Bersusun-susun speedboat dengan long tail boat. Siapa nak rasa authentic Thai boleh ambil package long tail boat tapi kiteorang pilih speedboat. Mahu tak yer, dah la bayar mahal. Kalau dia bagi long tail jugak mahu aku maki travel agent tepi Sungai Krabi tu nanti. Sebenarnya kiteorang masing-masing first time naik speedboat lepas tu pilih seat paling belakang. Memang terbaik la choice tu. Melambung-lambung!. Baru dalam beberapa km dari pier terbau benda terbakar. Pe benda pulak yang terbakar atas boat nie. Dah la bau tu rasa dekat je dgn kiteorang. Mula la pikir macam-macam. Rupanya one of the three boat engine rosak. Tersadai la dekat tengah laut untuk beberapa minit. Bila dah repair, boat bergerak maju menuju ke another pier.


image



Stretch of sandy beach.



image



Limestone massifs




Yes, go to another pier untuk pick up visitor. Masa naik boat di Nopparat Thara Pier, boat tu tak full board. Kiteorang brief stop di dua exclusive beachfront resort, Centara Grand Beach dengan Railey West Beach. Style giler resort strip dekat situ. Untuk traveler cikai macam kiteorang memang pikir sepuluh kali kalau nak stay. Setelah full board, boat meninggalkan Railey menuju ke Phi Phi Islands dan ada sedikit briefing awal dari tour guide. Disebabkan apa yang dia cakap pun tak berapa clear so kiteorang buat tak tahu aje.


image



Centera Grand Beach Resort, an exotic resort.



image



Stunning vertical cliffs rise over the sea water.



Island hopping dimulakan di Maya Bay (atau Ao Maya), Koh Phi Phi Leh. Koh Phi Phi Leh merupakan pulau kedua terbesar dalam gugusan Phi Phi dan terletak di bahagian selatan Koh Phi Phi Don. Maya Bay menjadi tumpuan visitor kerana tarikan scenic cove nya. Waktu di awal high tide paling sesuai ke sini bagi mengelakkan crowds. Walaupun briefing tour guide ke laut tapi dari segi time management  ada sisi bagus disitu.


image



Heading to Koh Phi Phi Ley.



image



Gigantic vegetation-topped limestone cliff in the background.



image



Stunningly beautiful bay of Ao Maya.



Sebaik sahaja boat kiteorang dock at beach shore, everyone on the boat beratur untuk turun ke pantai. Masa tu berpuluh-puluh orang dekat pantai. Ada yang ber picnic, sunbathing, jenjalan along shoreline, memotret mahupun swimming. Our stop for Maya Bay around 30 min. Tak boleh lama dekat sini, tentera bergajah (referring to crowds of tourist) dari Phuket kejap lagi sampai.


image



Our boat ready for docking at Maya’s beach shore.



image


image



This is Maya Bay on peak vistting time. The crowds.



image


imageimage



The pristine cove that are scenically combined by massive limestone cliff, pure white beach  and emerald green waters.   



image



Refreshing swimming with medium low underwater’s visibility.



Sebenarnya kiteorang dah terleka masa swimming dekat one of the side of cove. Aku ingat baru 15 min, rupanya dah 20 min. Mula la masing-masing mengagau cari boat along beach shore. There were more than 20 boats at that time. Cari-cari punya cari tak jumpa juga. Boat-boat yang ada disitu kelihatan sama sahaja. Yang aku ingat boat tadi ada bendera kuning ngan Thailand national flag dan boat tu ada 3 engine with black coloured Yamaha cover.


At the mean time, glad aku sticking sticker tu dekat shirt lain kalau tak memang dah ada dalam laut sticker tu. Macam mana nak cari boat kalau nama tour company pun tak tahu. Lepas membelek-belek sticker tu baru tahu ambil package dengan Chok Pai San Andaman. Searching parameter pun boleh dikecilkan. Each boat yang ada word Krabi kiteorang tanya mana menghilang Chok Pai San Andaman speedboat. Bila masing-masing menyatakan keberangkalian ditinggalkan boat adalah tinggi, member dah mengelabah pikir macam mana nak balik Ao Nang. Aku pulak pikir habis burn duit aku.


Bermacam alternative way nak balik ke Ao Nang bermain di fikiran. At last, kiteorang approach satu speedboat kata nak tumpang ke Ao Nang. Member masih pikir pasal Ao Nang jer tapi aku berharap dapat pergi Phi Phi Don sekurang-kurangnya. Kiteorang buat la drama sedih pasal tertinggal boat. Nasib baik aunty yang jadi guide dalam boat tu baik. Dia bagi tumpangkan kiteorang, at the same time dia try contact Chok Pai San Andaman nak tahu lokasi speedboat tu.


Ikut schedule boat nie, lepas Maya Bay diorang akan menuju Koh Phi Phi Don untuk lunch. Few minutes after boat moved on, Chok Pai San Andaman berjaya dikesan. Boat kiteorang ada di Tham Phya Nak (aka Viking Cave). Aunty bagi tahu kiteorang yang our boat akan pick up us kat Ao Ton Sai. Sebelum sampai ke Phi Phi Don, boat tumpangan singgah di Ao Ling (Monkey Bay). Di sebabkan mood island hopping dah terganggu, kiteorang are not interested to look around that monkey sanctuary.


image



Wildlife sanctuary, predominately long-tailed macaque.



image


image



The impress view as approaching to the bases of the rocks.



Sekitar 12.30 pm kiteorang sampai di Ao Ton Sai, Koh Phi Phi Don. Majoriti accommodation dan tourist-oriented business yang ada di Phi Phi Islands tertumpu di kawasan Ton Sai. Turun daripada boat, all tour member di ajak untuk lunch dekat one of the buffet restaurant. Aunty  minta kiteorang tunggu dan perhatikan kelibat Chok Pai San Andaman boat dekat bahagian upper deck restaurant. Memandangkan keadaan mood ketika itu adalah makan, maka kiteorang tumpang sekaki makan buffet dengan diaorang walaupun tidak dipelawa mulanya. Ada la yang pandang slack kat kiteorang tapi itu tak mematahkan semangat untuk mengalas perut masing-masing. Ha3..


image



Infinite blue horizon from the Ao Ton Sai’s restaurant deck.



image



Beautiful bays of Ao Ton Sai. 



Lebih kurang 15 minit macam tu, Chok Pai San boat berjaya dikesan. Kiteorang pun mengundur diri dari tour group angkat dan say thanks to everyone. Kalau tak kerana kebaikan aunty tu memang ber camping la dekat Maya Bay tak pun terus balik ke Ao Nang naik shuttle long tail boat (kena bayar lagi).     


At the moment kiteorang masuk Chok Pai San boat, everyone greet welcome back to us. Argh sudah! Drama semua tu. Masa tinggalkan kiteorang tak ada pulak korang kisah. Mood bengang kembali bila tengok tour member lain kebasahan baru lepas snorkeling. Tour guide nie berkali-kali minta maaf kat kiteorang but the damage is done. Lesson learned.


image



Waiting our boat.



Boat bergerak menuju to other side of the Ao Ton Sai untuk buffet lunch. Kali nie kiteorang makan di large cafeteria. Ye makan untuk kali kedua. Walaupun cafeteria tapi makanan dia palatable macam first restaurant yang kiteorang makan tu. Lunch nie dah termasuk dalam tour fare dan disediakan oleh local muslim.


Kiteorang ada masa dalam setengah jam selepas lunch untuk bersiar-siar di Ton Sai Village dan Loh Dalum. Selain daripada accommodation and dining facilities, some section of this area ada provide public open shower. Siape yang rasa berlengas dengan air laut boleh shower kat situ. Kiteorang di sini tak ada la berniat membeli cuma sekadar walk along Ton Sai commercial strip.



image



POTD



Sekitar 1 pm, kiteorang meninggalkan Ton Sai menuju ke Hin Dot site untuk aktiviti snorkeling. Akhirnya dapat juga snokeling. Di sini marine life tak ada la banyak sangat tapi quite OK untuk experience snorkeling di open sea. Dalam pada itu, kesian pulak tengok member. Dia yang ajar aku snorkeling lastly dia yang kena tow balik ke boat. Permukaan air masa tu agak little rough. Dalam 30 minit snorkeling, boat menuju destinasi yang terakhir iaitu Koh Phai (Bamboo Island).


image



Brightly coloured marine life. Yellow stripes fish. 



image



Life vest needed when water is little rough. 



Koh Phai merupakan salah satu islet yang terdapat di utara Koh Phi Phi Don yang mana mempunyai pantai yang tidak kurang menarik. Apabila boat sampai di Koh Phai, kiteorang diberi masa satu jam untuk swimming mahupun snorkeling. Kali nie memang alert dengan time. Lupa nak bagi tahu masa first snorkeling trip tadi aku punya snorkel hilang dalam laut. Nasib baik dieorang tak perasan kalau tak kena ganti (keep it secret).


Pulau kecil nie nama ajer Bamboo Island tapi bamboo groove yer dah tak ada, kena tebas agaknya. Kini pulau nie hanya didominasi dengan casuarina tree. Puas swimming dengan snorkeling, kiteorang ber laidback di bawah pohon-pohon tu sementara tunggu masa untuk balik. Bila cukup masa, tour guide panggil penumpang untuk naik semula ke boat. Kali nie tour guide bersungguh-sungguh mengira penumpang dah cukup ker, atau tak. Dalam banyak-banyak orang,yang dia aim kiteorang. Takut tercicir lagi katanya. Menawe!   


On the way back to Nopparat Thara Pier, boat singgah sebentar turunkan penumpang di Railey dan Centera. Kami berjaya sampai di Nopparat Thara Pier dalam pukul 4 lebih. Pickup songthaew dah ready untuk hantar balik ke Pak Up Hostel. Kiteorang adalah kelompok terakhir yang dihantar dalam trip tu sebab accommodation kiteorang di Krabi Town. Jauh sikit. Tapi harga tour fare di sini memang sama walaupun korang starting the tour either dari Ao Nang mahupun Krabi Town. 


Kiteorang berehat di hostel dalam 1 jam, sebelum ke kedai Yusof untuk renting scooter. Kiteorang sebenarnya ada misi untuk ke Ao Nang semula petang tu. Sampai sahaja di kedai papan tu, cari Yusof tapi dia tak ada la pulak. Pergi jogging kata colleague dia. Ingat nak ajak dia pergi Ao Nang tapi dah tak ada, kiteorang redah je la. Sewa scooter dekat Krabi quite reasonable juga. Dalam THB150 sehari, dikira dari waktu kita ambil sehingga ke esokkannya.


Bergerak 22km ke barat Krabi dengan berpandukan google maps ada la beberapa kali silap jalan. Alah sesat tegar biasa, lagi-lagi kalau Siamese writing’s signboard tak membantu. Tujuan kembali ke Ao Nang sebenarnya untuk riki-riki souvenir dengan dinner. Sini memang senang nak cari halal food sebab banyak local Muslim. Kiteorang pilih untuk makan di salah satu restaurant berhadapan Ao Nang Main Road berhampiran McD Ao Nang Branch. Restaurant nie tak ada la best sangat dan harga agak mahal sedikit. Identical food dekat restaurant nie nasi putih shape starfish.


image



Ao Nang in the evening.



image



Thai food for our dinner.



Selesai dinner mulakan aktiviti evening window shopping along Ao Nang commercial strip. Masa berjalan tu ada la satu dua souvenir dibeli. Pantai di Ao Nang tidak la secantik mana cuma disini lebih hip dan ada banyak pilihan untuk dining dan masses shopping. Kiteorang selesai urusan di Ao Nang dalam pukul 9 macam tu. Aku dah la rabun jalan balik ke Krabi pula boleh tahan la gelap dengan sunyi yer. Ride scooter pun slow je takut terlanggar apa-apa tengah jalan. Karang tiba2 muncul pulak lembu ker, gajah terlepas ke. Mana tahu.


Selamat sampai di Pak Up Hostel, cari safe area untuk parking scooter pula. Tempat orang kan, kita mana tahu criminal pattern dia macam mana. Bila rasa satu spot tu memang ok kiteorang parking dekat situ. Buka pintu dorm, tengok ada dormmate baru. Biasa la ada sesi berkenal-kenalan dulu. Tak lama dalam setengah jam macam tu diaorang kata nak pergi berparti dekat belakang hostel. Suka hati korang la janji jangan duk kacau orangsudah. Lepas leka surfing internet dan bermalas-malas atas katil akhirnya tertidur.


image



The calmness hostel corridor before that ‘event’.



Ops cerita belum habis lagi. Dalam 1 pagi macam tu aku tersedar sebab ada bunyi bising dekat koridor. Dalam keadaan mamai, aku nampak ada kelibat sorang mamat Caucasian naked berlari masuk dalam dorm. Aduh spoilt betul la. Sampai je hujung dorm, tiba-tiba panjat bunk bed dan lending atas tilam tu. Aku rasa dia drunk. Dah lending tibe-tibe terdengar dia cakap tu bukan katil dia. Dia pun keluar dari dorm nie, menghilang tak tahu ke mana. An awkward event. Bila dah rasa aman sikit, aku sambung tidur. Kena bangun awal ada tour trip pagi nanti.


Rupanya keamanan yang dicapai hanya bertahan beberapa jam sebelum satu lagi disturbance lain datang. Someone is shagging. Damn, boleh tak F*%K off outside! Aku nak tido nie!. Bila masing-masing dah rengsa, kami sebulat suara sound baik punya kat diorang.


______________________________________________________________


p/s: Cuti-cuti Malaysia 



A Malaysian Surf Film Project Teaser from Three Libra on Vimeo.

0 comments: