Krabi Escape’s Log: Part 3 (Ao Tha Lane & Ko Klang)
Pagi tu bangun lebih awal berbanding semalam, dalam pukul 6.30 pagi macam tu. Woken up in the middle of night because of bunkbed rocking memang tak cool. Made morning toilet dan ready untuk pergi breakfast. Masa tengah bersiap, guy (Simon) yang bed dia jadi mangsa drunkard malam tadi bangun tido. Dia masa mula bangun OK je, siap buat stretching bagai atas katil. Tiba-tiba kiteorang perhatikan ekspresi muka dia berubah, macam ada yang tak kena. Gaya dia masa tu macam tengah cuak giler. Cuak punya pasal dia kejutkan member sebelah yang tengah lena tidur. FYI, member dia la yang snagging awal2 pagi tadi. Dia bagitahu ada jumpa satu wallet atas katil tu dan wallet tu bukan dia punya. Kiteorang masa tu malas nak ambik tahu masalah diorang nie, terus je keluar dari dorm. Pandai la settle sendiri. Tengah lepak kat corridor luar tu terserempak pula dengan sorang guy nie. Dia macam tengah mencari sesuatu. Memandangkan dia mundar mandir macam tak ada hala tuju, kiteorang pun sejenak mengimbas memori. Dari susuk badan macam mamat drunkard malam tadi jer. Selepas memikir pendek, lastly member membuat hipotesis yang mana mamat tu memang guy semalam dan dia tengah cari his wallet dan wallet yang dicari sebenarnya ada kat tangan Simon. Nampak tak permainan kat situ. Memang berdekah gelak la kiteorang dekat corridor time tu.
Tinggalkan morning sitcom, start scooter and then pacu laju-laju ke kedai kopi berhampiran. Breakfast pagi nie ala kadar, hanya cukup untuk alas perut katanya. Selesai breakfast, kiteorang balik semula ke hostel sebab songthew akan pick up di situ. Pukul 8.30 pagi songthew sampai dan seperti biasa kiteorang adalah pertama yang di pick up dan terjebak untuk ke hotel-hotel lain mengambil customer lain.
Destinasi kali ini adalah ke Ao Tha Lane yang terletak di barat Krabi town. Perjalanan yang mengambil masa sejam dengan pemandangan perdesaan Siam memang membuat sesetengah orang poyo. Ha3. Sebaik sahaja sampai di Ao Tha Lane Pier kelihatan colourful kayak bersusun di gigi air Nai Sa River. Sebenarnya, kiteorang mencari sisi lain Krabi selain pantai dan pulau-pulau nya yang awesome, akhirnya decided memilih untuk berkayak di Ao Tha Lane’s Estuary. Aktiviti dimulakan dengan briefing oleh guide mengenai cara berkayak dan route yang bakal dilalui. Kali nie pay attention dengan apa yang guide brief sebab serik dengan kejadian semalam. Lagipun guide kali nie friendly and helpful. Our group untuk activity nie pun saiz kecil je, dalam 8 orang. Briefing selama 15 minit tamat, masing-masing mula mengayuh menuju ke muara Nai Sa. Dalam mengayuh tu kena aware sikit bagi mengelak sandbank yang banyak exposed masa air surut. Kalau dah tersangkut kena menolak la pula. Kan dah jadi satu kerje. Skill kayak member merangkap co paddle pun boleh tahan jugak. So kiteorang berjaya chasing guide yang dah menonong ke depan meninggalkan beginner lain.
Dalam beberapa minit berkayak kiteorang sampai di Canyon entrance. Formasi dinding batu Karst di sini seolah-olah macam gateway. Kiteorang pun berkayak masuk dalam canyon tu melalui alur sungai di tengah-tengah towering Karst. Bila dah ada dekat dalam rasa macam berada dalam hidden world pula. Memang breathtaking view. Macam biasa, ada point yang scenic berhenti sekejap untuk memotret. Kiteorang bergilir-gilir ambil gambar dengan sepasang white couple dari South Africa. Diorang pun jenis easy going. Memang waka-waka la dalam canyon tue. Bergema-gema canyon tu dengan suara kiteorang gelak.
Masa tengah mengayuh ada la beberapa kali kena menolak kayak sebab air cetek sangat. Semakin masuk ke dalam estuary, semakin menyempit dan cetek alur sungai dan paya bakau dekat lebih padat berbanding di canyon entrance. Memandangkan kiteorang joint morning trip, kiteorang tak berjaya complete kan route disebabkan masalah low tide. Hanya sekadar di ‘crocodile hut’ point sebelum berpatah balik menyusuri semula alur sungai tadi. Actually, serial vision dalam estuary nie memang cukup menarik dengan rangkaian alur sungai yang bercambang-cabang ditambah dengan latar belakang formasi Karst dan hutan paya. Namun, mood berkayak ada sedikit terganggu bila masa tentera bergajah (referring to tourist crowds) berkayak masuk dalam canyon sambil langgar-langar kayak orang lain. Diaorang ingat nie battlefield apa..
Guide mintak kiteorang kayak laju sikit sebab nak tunjuk satu lagi hidden treasure dekat estuary nie. Keluar sahaja dari canyon menuju pula ke sea cave yang ada secluded beach. Kiteorang berehat dalam 15 min dekat situ sebelum berkayak balik ke pier. Langit pun dah mendung macam nak hujan so masing-masing speeding berkayak. Tak mahu basah dan tersadai katanya. Sampai di pier dihidangkan pula dengan buah-buahan dengan other light refreshment. Terbaik. Aktiviti kayak kali nie tak ada berhempas pulas sangat sebab air pun tenang dan tiada arus yang kuat. Semuanya bergantung kepada pengalaman dan skill individu. Selain itu, pasang surut air memainkan peranan besar dalam aktiviti berkayak nie dan waktu paling sesuai untuk buat trip nie adalah ketika waktu mid tide , iaitu diantara pukul 11.00 hingga ke 2 petang. Dalam pukul 1.00 petang, songthew menurunkan kiteorang di Pak Up sebagai last drop off point.
Memandangkan ada berbaki suku hari scooter tu dan minyak ada lagi separuh kiteorang decided untuk kembali ke Ao Nang. Kali nie nak hangout sambil buat last minute shopping. Jalan ke Ao Nang dari Krabi nie kadang-kadang boleh mencabar own mental map. Lagi-lagi dekat satu simpang Y tu. Kiteorang terlajak ke Ao Namao bukan nya ke Ao Nang. Terpaksa patah balik. Sepatutyer masuk kanan tapi dek leka dengan bayu laut tu yang straight je. Sebab belum lunch lagi, kiteorang decide untuk cuba satu small restaurant yang sederet dengan McD Ao Nang. Menu lunch kali nie nak ada rasa-rasa Siam so pilih la nasi putih berlaukkan thai green curry. Tapi tekak aku tak berapa nak boleh terima rasa green curry dia nie. Rasa kacang peas sangat kuat. Selesai lunch kitorang berjalan di sepanjang Ao Nang commercial strip sambil singgah beberapa beachside cafe tuk hangout ngan mengopi. Pada pukul 5.00 petang, kiteorang menuju balik ke Krabi town. Dalam perjalanan balik tidak jauh dari Ao Nang terjumpa pula satu pasar malam. Apa lagi menyinggah la kiteorang. Macam-macam ada jual dekat sini dah macam pasar sehari dekat Kuala Berang pun iye. Ada la beli dua tiga street food , nak cuba katanya. Kiteorang tapau kuih-muih tu untuk makan dekat hostel nanti. Perjalanan pun lancar dalam 20 min sampai di Krabi town. Member ajak pusing-pusing town dulu sebab esok dah busy untuk berkemas balik. Dekat 10 minit pusing town, scooter pun menuju ke kedai untuk dipulangkan. Elok je masa nak pulangkan Yusof muncul. Dia ajak kiteorang pergi satu tempat nie. Surprise katanya. Memandangkan kiteorang pun tak ada buat apa malam tu so setuju je.
Pukul 7.30 macam tu kiteorang terpacak depan kedai dia. Dia kata nak bawa kiteorang pergi Ko Klang. Masa mula dengar Klang aku ingatkan dia main-main. Rupanya ada nama tempat dekat sini nama Klang. Nak pergi ke situ kena bermudik dengan long tail boat. Ko Klang sebenarnya merupakan tempat berasalnya pembuatan long tail boat atau nama Siam nya, Hua Tong yang mana menjadi simbol kepada Southern Thailand. Kiteorang berjalan menuju ke pier yang tak berapa jauh dari kedai. Hanya perlu menunggu boat berapa minit je sebab Ebrahim dah tolong arranged kan.
Bergerak la kiteorang berempat menyusuri Sungai Krabi ke Ko Klang dengan bercahayakan sinaran bulan dan lampu minyak tanah. Kalau ada lanun tengah sungai tu memang pasrah masing-masing. Perjalanan ke sini mengambil masa 15 minit dan sampai la ke floating restaurant yang pertama di perkampungan nelayan Ko Klang. Tapi sayang seribu sayang restaurant tu dah tutup kedai, kiteorang lambat gamaknyer. Terpaksa la ke restaurant lagi satu yang mana tak kurang hebatnya.
Owner restaurant tu kawan Ibrahim. Nasib baik dia sanggup buka balik kedai demi farewell dinner yang tak seberapa nie. Apa yang menarik di sini adalah kebanyakkan floating restaurant mempunyai fish farm sendiri dan hasil laut yang dimasak memang segar. Menu malam tue agak mewah untuk berempat tapi memandangkan nie last night kiteorang tolak tepi pasal budget. Macam-macam lauk kiteorang pesan dari coconut tomyam sehingga la siput rebus yang first time aku try. Sepanjang dinner malam tu memang borak sakan la dengan selingan beberapa topik hangat. Borak,borak juga tapi lauk tetap telan. Ha3. Makan seafood dekat sini memang puas hati. Rasa makanan memang excellence. Umbai pun kalah. Bila muka masing-masing dah terpancar kekenyangan kiteorang bertolak balik ke Krabi town pier.
0 comments: