Krabi Escape’s Log: Part 4 (Hat Yai & the Journey Back)
Seperti yang telah dirancang kiteorang akan overland balik ke Key El. Transport arrangement semua telah dah kawtim dengan Ebrahim sejak hari pertama. Lepas sahaja siap packing barang, kiteorang berjalan di sekitar town mencari breakfast. Kalau ikutkan, plan nak breakfast dekat satu kedai kopi Muslim yang menghadap Sungai Krabi. Tapi kedai tu tutup pulak. Berjalan la kiteorang ke lokasi lain dalam town dan terjumpa kedai makan Muslim lain tak jauh dari kedai kopi tu. Menu breakfast kali nie keow teow sup.
Semangat-semangat yang tertinggal dalam Pak Up. Dulu katanya tempat nie bangunan sekolah.
Pak Up Hostel dari kejauhan. Saksi pelbagai drama kehidupan.
Dalam perjalanan balik ke Pak Up kiteorang menyinggah ke Krabi River promenade. Di situ ada terletaknya prominent landmark bagi Krabi town iaitu Crab statue dengan berlatar belakangkan river mangrove and Karst hill. Tempat wajib untuk place check in dalam media social. Jauh juga kiteorang berpeleseran dari Crab statue ke boat pier. Tengok jam baru pukul 11 pagi, ada sejam lagi nie. Bagi membunuh masa, kiteorang lepak dekat kedai Yusof. Sambung borak malam tadi.
View dari kedai kopi yang tutup tu. Kelihatan 4 prominent features Krabi; Karst Hill + Mangrove + Crab + Eagle
Close up Krabi River scenery.
Deretan Long Tail Boat. Mungkin salah satu daripadanya boat yang kiteorang naik malam semalam.
Tepat pukul 12.15 petang, van ke Hatyai sampai depan Pak Up. Kali nie kiteorang last passenger yang di pick up. Nak tak nak tinggal seat belakang je available. Nak jadi cerita jumpa la satu couple Mesia pakai baju I heart Krabi dalam van tu. Kiteorang senyum la dgn diorang, tapi dibalas dengan muka mencuka. Nie la penyakit perasan bagus orang Mesia bila dah pakai baju warna sedondon I heart Krabi. Cliché!
Perjalanan 5 jam yang bakal ditempuh dengan duduk seat belakang boleh buat kematu satu badan. Badan saiz Asia pun kene meringkuk ditambah lagi dengan perangai orang depan yang lahabau. So paham-paham sendiri la seat pitches dah jadi besar mana. Van singgah sebentar dekat R&R di Trang untuk lunch dan bathroom break. Tidak sukar untuk mencari makanan Halal di sini kerana rata-rata penjual makanan adalah Muslim. Dalam 20 minit lepas tu van bergerak meneruskan perjalanan ke Hat Yai.
Akhirnya sampai di Hat Yai downtown pada pukul 5.30 petang. Tanpa membuang masa, kiteorang menuju ke Klonghae. Perjalanan ke Klonghae hanya mengambil masa 10 hingga 15 minit dengan menaiki cab. Niat di hati nak naik songthew je tapi tak jumpa pulak masa turun van tadi. Kawasan Klonghae nie terkenal dengan tarikan floating market. Ada tiga section pasar nie iaitu gerai di bahagian kiri dan kanan stream dan juga floating stall. Gerai di bahagian darat lebih kepada perniagaan souvenir dan pakaian. Manakala gerai yang berhampiran dengan stream dan gerai bersampan menjual makanan dan minuman. Kebanyakkan gerai makanan di sini diusahakan oleh komuniti Muslim. Harga makanan juga agak berpatutan dan rasanya pula tidak mengecewakan.
Wat yang terletak berhampiran Klonghae
Juadah-juadah eksotik yang diurus niaga. Apa yang aku perhatikan, kebanyakkan gerai yang jual benda eksotik nie ada di section pasar yang berhampiran dengan Wat.
Geng konvoi berbasikal turut menyelit.
Floating market section. Hari tu kira bertuah juga sebab banyak gerai dibuka.
Waterfront yang telah di enhanced. Pengaruh fiskal motive.
Food disediakan depan customer macam konsep Japanese Teppayaki stall.
Walaupun gerai bersampan nie tak bermudik ke hulu ke hilir macam Bangkok Floating Market tapi aku rasa tempat nie worth it to visit sebab selection halal Thai street food.
Ikutkan hati semua food dekat situ aku nak try.
Seleksi Thai street desert yang cukup mengiurkan.
Ini semua lakonan semata.
Setelah selesai di Khlonghae kiteorang bertolak balik ke downtown. Bas ekspress ke Key El dijadualkan bertolak pukul 7.30 malam waktu Thailand. Sementara menunggu bas sampai kiteorang lepak dalam pejabat travel agent. Bila bas double decker KKL sampai, baru bergegas masing-masing galas backpack dan bawa luggage menuju ke bas. Bas beredar dari Hat Yai menuju ke Sadao a.k.a Danok. Kalau ikutkan ini la first time aku border crossing dan agak naïf dengan prosedurnya. Masa arrival di KBV, Thai immigration officer ada stapler departure card dekat aku punya passport page. Aku ingat benda tu tak berapa penting sebab setakat stapler bodoh2 je dan nak jadi cerita card tu hilang. Perasan pulak masa tengah queing dekat Thai immigration both. Dia ada cakap document tak lengkap tapi dalam bahasa Thai, memang confirm la aku tak paham. Dengan semenanya aku berjalan dengan rasa tak bersalah passed by that immigration both. Sampai di bas aku perasan passport tak di stamped ‘departure’. Aduh , berkejar-kejaran balik aku ke both tanya apa yang tak kena dengan passport aku. Rupanya kena fill balik departure card guna card yang baru. Card tu boleh dapat dalam office sebelah kiri immigration both. Nyaris-nyaris tertinggal bas sebab that chaotic event. Selesai melepasi Thailand-Sadao border gate kena pula melepasi Malaysia-Bukit Hitam border gate. Urusan di sini lebih lancar berbanding dekat Sadao tadi. I’m coming home! Rasa lega gile bila dah lepas border gate.
Bas ada berhenti sebentar dekat satu private R&R di Canglun tapi standard dan level of service R&R tu below the par. Setelah berehat selama 20 minit, bas beredar dari R&R (yang sepatutnya tak payah wujud) menuju ke Key El. Rupanya keriangan untuk tidur dengan selesa hanya seketika sebab bas rosak di tengah jalan. Kalau tak silap di Jitra. Sejam berada dalam bas tanpa AC seolah-olah berada dalam sauna. Kesengsaraan ditambah lagi apabila terpaksa menghadap gomelan Geng Caucasian dalam bas tu kutuk pasal public transport dekat SEA. Macam bagus je diorang nie. Bila bas dah repair, bas bergerak maju menghabiskan setengah lagi perjalanan ke Key El. Kiteorang memang tidur sepanjang perjalanan dari Jitra hingga ke Key El. Jam 5 pagi waktu Malaysia selamat sampai di Puduraya. Tamat.
Genap setahun aku pergi Krabi baru habis entry Krabi’s Escape nie. Menyusul selepas nie trip ke Bali dan Japan revisited. Harap bertabah la menunggu entri-enti tersebut. Tak mustahil genap setahun baru habis. =)
______________________________________________________________
p/s: Belasukawa Azrafe (Zac). You’ll be remembered. Al-Fatihah.
0 comments: