Salah satu budaya Jepun yang agak menarik adalah Omiyage. Omiyage boleh kita anggap sebagai objek yang diperolehi atau dimiliki seseorang ba...

Omiyage : Medal Coin

Monday, February 03, 2014 Die Zehn 0 Comments

Salah satu budaya Jepun yang agak menarik adalah Omiyage. Omiyage boleh kita anggap sebagai objek yang diperolehi atau dimiliki seseorang bagi memperlambangkan memori atau pengalaman lepas yang kebiasaanya dikaitkan dengan suatu perjalanan. Dalam budaya masyarakat Jepun, Omiyage adalah satu kewajipan selepas suatu perjalanan. <fuh nasib baik aku Malaysian>. Bertitik tolak dengan penulisan Kanji Omiyagi 土産 itu sendiri yang bermaksud ‘tanah’ dan ‘barang’. So ia terkait dengan barang-barang yang ber’identikal’ lokal. Omiyage selalunya mesti menarik dan dibungkus kemas. Sebab itu kalau beli souvenir dekat Jepun dia akan bungkus kemas dengan proper wrapper paper walaupun barang yang kita beli tak seberapa.  


Omiyage yang nak cerita nie adalah jenis ‘hybrid’ dalam bentuk medal coin. Sebelum terciptanya mesin pemampat coin, orang dahulu letakkan coin diatas railway track untuk dilenyek oleh keretapi yang lalu< Aku pun pernah buat dulu masa tu rumah dekat je dengan rail keretapi >. Bertitik tolak dengan idea penkomersialan compress machine oleh Mr Vance Fowler, medal coin kini terdapat di serata tempat tarikan di Eropah, USA dan Jepun. Kebanyakkan mesin pemampat tersebut dalam jenis mekanikal. Namun di Jepun, mesin pemampat adalah jenis elektrikal dan ianya menggunakan aloi tembaga sebagai bahan material coin. Di Malaysia aku tak pasti ada dekat mana ada mesin ini. Sepertimana bahan koleksi lain, medal coin juga ada kumpulan pengumpulnya. Minat terhadap objek ini menjadikan ia sebagai ‘Omiyage’ yang wajib untuk dikumpul bagi pengemarnya. 



image



Terdapat berbagai jenis paparan yang boleh dipih dengan harga dalam sekitar 400 Y.




image



Selasai memilih jenis paparan coin, pergi ke mesin compress disebelahnya untuk ‘compres’ text yang dikehendaki. Bayar dalam 100 Y. Kebanyakkan mesin mempunyai latin/english alphabet



image



Masukkan coin dalam tempatnya dan lihat proses menekam text atas coin tu. Gila classic.



image



I got two type, the first one is Osaka Castle and the second is Kobe Nunobiki Herb Gardens & Ropeway. Banyak lagi koleksi yang boleh anda kumpul. 


0 comments: