Krabi Escape's Log : Part 1 (Khlong Thom & Krabi Town)
Akhirnya sampai juga di Krabi. Menaiki pesawat AA dengan tiket fare murah buat trip nie sangatlah berbaloi. Tak banyak persiapan di buat cuma ada la berbekalkan cerita-cerita rakyat marhaen yang pernah ke sana.
Trip ini bermula dengan overnight stay di LCCT hingga ke pagi. Sepanjang 2 jam perjalanan aku tido. Then, tahu-tahu flight dah bersedia untuk landing di KBV sepertimana yg dijadualkan. Memulakan langkah dengan berjalan santai seperti pergi Pavi adalah kesilapan besar. Adalah dalam puluh-puluh orang beratur dekat Immigration Gate tapi yang buka dua.
Keluar Gate mula la mencari cab untuk ke Krabi Town. Wah! rakyat marhaen lain naik bas tak pun songthaew, kiteorang pulak naik cab. Hotel pun bukan la grand mana sampai nak ke sana kena pakai cab tapi sebab terkial-kial tadi, public bas pun dah gerak pergi. Kali nie menginap di hostel yg terletak di tengah-tengah Krabi Town.
Before sampai di hostel doorstep, cab berhenti dekat satu booth travel agent tepi Sungai Krabi. <Pandai yeh dia cari makan> Tapi aku layan kan jer peel uncle tu. Anggap buat riki-riki harga tour package. Dalam pada itu, terjerat jugak la sampai ambik satu package. Tapi package tu untuk activity esoknya. Untuk first day, plan nya untuk buat half day tour jer tapi agent nie banyak pulak mengelatnya. So, instead trying too hard to chisel out a bargainsampai kena darah tinggi, kiteorang decided cari agent lain jer bila sampai di hostel nanti.
Hal-hal accommodation dah diruskan awal-awal lagi cuma untuk last night belum decide. Plan nya kalau ada masa cari la mana-mana room hotel yang available dekat Aonang Beach tu. Urusan early check in di Pak-Up pun lancar sepertimana diharapkan. Hostel nie pun OK dan recommended untuk siapa yang travel cikai macam kiteorang.
Memandangkan penat tak cukup tido masih ada lagi, kiteorang hanya mampu berjalan sekitar radius 100m je dari hostel. Fuh! nasib baik jumpa jugak yang berkenan. Travel agent kali nie sangat friendly. Mula-mula sampai dekat kedai dia ingat kedai sewa scooter je rupanya macam-macam services boleh buat. Agent yang approach kiteorang nie orang Palestine, nama Yusof. Dia buat business travel and tour dengan seorang lagi kawan dia, orang lokal muslim nama Ebrahim.
Masa di kedai yang cab berhenti tadi dalam mind aku half day trip ke Khlong Thom paling sesuai dengan masa yang terhad nie. Yusof ada bagi tahu yang kiteorang boleh redah sendiri ke situ dengan ride scooter. Dalam sejam katanya. Memandangkan otak aku belum digest lagi dengan Krabi mapping, kiteorang decided untuk mintak Yusof arrange kan transport ke sana. Nanti dah sesat satu lagi cerita, dah la tempat tu dekat ceruk banau estet getah.
Dalam sibuk dia arrange kan short trip nie, Yusof kata nak follow. Pe ke he pulak nak follow kiteorang. Lepas tu dia ajak pulak Ebrahim untuk jadi guide. Akhirnya pecah lubang gak, sebenarnya Yusof tak pernah pergi situ. Kuang asam. Punya confident la tadi dia bagi advice, rupanya selama expat 2 tahun di Krabi tak pernah dia jejak situ.
Sebelum kiteorang gerak ke Khlong Thom, rasa nak tapau lunch halal dulu. Pinjam scooter Yusof buat pergi cari restaurant halal dalan Krabi Town. Hasilnya dapat la beli nasi ayam yang sangat lah different dengan nasi ayam Malaysia. Sebab lapar, belasah jer tanpa complaint banyak. Take lunch pun dekat hostel terrace sambil tengok Krabi traffic.
Habis lunch sedang elok jer driver songthaew sampai depan hostel. Pergi la panggil Yusof dengan Ebrahim dekat rumah kedai kayu dieorang. Sepanjang dalam songthaew borak la macam-macam walaupun kadang-kadang tak paham apa yang diborakkan. Saja nak buat hilangkan bosan.
Perjalanan hendak ke Namtok Ron tak ada la rumit sangat cuma tang bila dah sampai Khlong Thom District Office yang boleh mengagau sikit. Iye la kena lalu jalan-jalan kampung. Dalam pukul 1.30 pm sampai la ke Namtok Ron. Bayar fee masuk 100 B seorang. Kemudian kena menapak dalam few meter untuk sampai ke hot spring pool. Kiteorang buat hal masing-masing masa dekat sini. Ntah ke mana hilang Yusof dangan Ebrahim tu. Walaupun datang bukan waktu yang terbaik tapi ramai juga orang especially local.
Aku apa lagi, first attempt dah pergi dip dekat pool yang paling hampir dengan spring water sources. Memang panas giler pool tu dalam 40 degree Celsius. Mahu terbakar kulit. Sebab tak tertahan dengan suhu tu, aku downgrade ke pool yang kurang panas. Pool yang medium warm tu lama sikit aku dipping. Selesai dip, pergi pulak mandi sungai. Berulang-ulang la aku antara berendam dengan mandi sungai sampai arh bosan.
Dalam 1 jam kiteorang spending time untuk dip hot spring dengan mandi sungai. Masa nak berkemas-kemas balik, Yusof muncul. Dia ajak pulak pergi try dipping dekat man-made pool tak jauh dari natural cascade pool tadi. Mula-mula rasa malas tapi dah alang-alang sampai why not to try. Pergh yang nie lagi panas ditambah lagi dengan kawasannya yang open tak ada shading. Boleh masak telur wo! Best time untuk ke sini dalam pukul 7-8 a.m atau 4-5 p.m.
Credit : thetrippacker
Selesai di Namtok Ron, menuju pula ke Sra Marakot atau lebih dikenali sebagai Emerald Pool. Jarak antara dua tempat nie dalam 10 min menaiki songthaew. Tapi bagi aku tak terasa sangat jauhnya. Driver turunkan dan tunggu kiteorang dekat entrance gate sahaja sebab kenderaan luar tak boleh masuk area Emerald Pool. Emerald pool nie adalah merupakan sebahagian daripada wildlife sanctuary reserve. Harga masuk sini, 200 B se orang. Agak pricey sikit. Kalau nak murah, korang berlakon la jadi Lokal sebab harganya 10 kali ganda murah, 20 B ajer. Kiteorang malas nak berlakon bagai, kena la bayar harga foreigner. Take note yang Emerald Pool buka sampai pukul 5.
Untuk sampai ke Emerald Pool dari entrance gate boleh pilih antara berjalan di laluan tanah merah berjarak 800 m atau melalui jungle trail berjarak 1.4 km. Disebabkan nak kejar masa kiteorang lalu di laluan tanah merah sebab itu jalan yang paling dekat ke Emerald Pool. Kalau lalu situ well worth it jugak sebab laluan tu berteduh. Dalam 15 min sampai la di Emerald Pool. Giler cantik la lagi-lagi tengok green emerald color spring stream. Pe lagi kiteorang turun la ke stream tu dari wooden walkway. Panas stream tu suam-suam kuku jer. Lepas tu masing-masing bersiap la nak terjun ke Emerald Pool. Kedalaman pool nie tak sampai 2 m, ada la dalam 1-1.8 m. Aku dengan Yusuf boleh pulak buat swimming challenge tengah ramai-ramai orang tu. In the end aku menang! Kiteorang relax2 dekat pool nie dalam sejam jugak.
Yusuf ajak kiteorang balik ikut jungle trail sebab banyak benda boleh tengok situ. Picturesque scenery katanya. Memang betul kata dia dalam beberapa meter jumpa Blue Pool (Bonam Phut) yang warna airnya sangat biru macam ecoline. Blue Pool nie dikatakan sumber kepada Emerald Pool di hilirnya. Kat sini tak bole mandi sebab kandungan mineral seperti Calcium Carbonate yang tinggi. Lepas tu bergerak jumpa pula Glass Pool (Sra Kew). Kolam nie air nya jernih sampai boleh lihat dasar kolam .
Dalam 40 minit sampai jua ke entrance gate. Nie pun kiranya dah jalan sehabis cepat. Lepas tunggu driver few minutes kiteorang gerak balik ke Krabi town untuk dinner. Pada mulanya nak makan benda special tapi sebab badan dah tak larak, kiteorang dinner dekat kawasan penjaja sebelah sungai saja. Lagipun tempat nie dekat jer dengan hostel. Dinner makan benda simple, mee soup dengan well known Krabi nutella pancake. Aku tak berapa minat sangat pancake tu sebab berminyak dengan manis. Kiteorang berborak lama jugak sambil try street food lain yang halal.
Dalam pukul 8 dah balik Hostel untuk tidur. Hari pertama nie memang kepenatan. Nak rechargre energy tido la awal. Hostel Pak Up nie rajin arrange kan guest night activity dekat backyard dia. Ye arh stay dekat hostel, so dorm social system tu ada. Tapi kiteorang malas nak joint sebab memang memerlukan tidur yang cukup untuk buat activiti esok hari.
continue…..
0 comments: