Habis jer meronda Gyeongbok Palace, perjalanan diteruskan ke Sarangchae. Sa-rang-chae bukan saranghae. Full name tempat nie, Cheongwadae S...

My Wiki Korea : Aku dan Seoul Part 2

Saturday, August 17, 2013 Die Zehn 0 Comments

 


Habis jer meronda Gyeongbok Palace, perjalanan diteruskan ke Sarangchae. Sa-rang-chae bukan saranghae. Full name tempat nie, Cheongwadae Sarangchae terletak di bahagian timur laut Gyeongbok Palace Complex. Tak jauh sebenarnya. Kalau dekat Washington orang duk sibuk nak visit White House, so dekat Seoul boleh tengok Blue House. Apa itu Blue House? Blue House nie macam White House gak sebagai official residence and principal workplace bagi President Republic of Korea. Bangunan nie berbumbungkan tiles berwarna biru dengan gabungan senibina Korea dan moden. Memang berangan la kalau nak masuk compound Blue House. Super VVIP jer boleh pergi. Marhaen macam aku pergi Cheongwadae Sarangchae je dapat.


 image





Phoenix statue depan gate Blue House dan bangunan Cheongwadae




image



Phoenix and mountainous as a backdrop



 


Bangunan 2 tingkat Cheongwadae nie betul2 ada dekat depan main gate Blue House. Bila sampai je dekat sini, korang akan rasa diri diperhatikan. Mana tak yer every corner Phoenix Statue tu ada Special Branch Unit personnel berpakaian preman. Erk tak la.. Kata Korea off course dia pakai formal outfit siap blazer bagai macam citer Hollywood. Time aku pergi sini, adala sikit ketegangan antara pihak North dengan South. So di personnel di tugaskan untuk menangkap spy2 pihak North. Pihak North nak invade Blue House kot. So aktiviti snapping photo perlu terkawal sikit sebab bila diorang detect ada tourist yg capture pic diorang, camera akan dirampas dan disuruh delete pic tu. Kalau silap haribulan dia ambik memory card. So behave kids!


 image


image



Cheongwadae building nie quite nice jugak untuk side visitting



 


Tingkat bawah Cheongwadae ada exhibition pasal World Cultural Heritage sites yang ada dekat Korea macam Jeju Island dan senang citer bangunan nie function sebagai public information centre untuk sesiapa yang baru nak mengenali South Korea. Setahu aku tiada bayaran dikenakan untuk masuk sini. So siapa nak masukkan tempat nie dalam itinerary korang boleh jer. Bangunan nie jugak adalah 1st Green Building yang aku masuk. 


 


Sedang2 molek je habis menapak dalam Sarangchae tiba waktu lunch. Apa lagi kitaorang dibawak ke Itaewon untuk sesi terapi perut. Itaewon nie diibaratkan macam international district sebab banyak foreigner tinggal disini. Dekat Itaewon jugak ada US army base. Macam korang tahu Itaewon nie salah satu penempatan utama komuniti muslim di Seoul. Selain ada Grand Mosque tempat nie jugak banyak provide services berkaitan Muslim macam Halal groceries store, restaurant and cafe sampai la muslim pharmacy. Kali nie makan lunch dekat restaurant yang dimiliki oleh pasangan muslim korea-middle east. Restaurant tu ada dekat Tingkat 1 nama dia aku lupa la. He3.. 



image



Dalam banyak2 dishes aku rasa Korea chicken stew nie sedap.  




Elok je lepas makan diorang ajak pulak buat Kimchi. Kimchi nie sangat la x sedap.. Tak tau nak explain mcm mne tapi dekat sini dah jadi side dishes yang wajib ada. Korea dengan Jepun boleh gaduh pasal makanan nie. Masing2 claim diorang la inventor Kimchi. Hmm.. Nak belajar buat Kimchi kena masuk sekolah Kimchi School. Ada cikgu yang mengajar dari cara nak buat sampai la jenis2 Kimchi. So its time to Masterchoi-masterchoi beraksi. Lumur, wrapping.. lumur, wrapping … tara! dah siap Kimchi. Tak de la ssh mne nk buat cuma mmng aku tak minat food nie. 


 


image



Kimchi ssam tengah ready2 nak start class. 




Selesai makan dan melumurkan cabbage, destinasi seterusnya well known Nami Island. Nami Island nie sebenarnya Inland Island atau senang citer pulau diatas sungai. Terletak di outskirt of Seoul City dengan masa perjalanan hampir 1 jam menaiki bas dari downtown. Sepanjang perjalanan tu aku tido jer. Sampai jer dekat Gapyeong dah terasa masuk kawasan touristy district. Nami Island tak jauh jer dari situ. Sepanjang jalan tu banyak accommodation and f&b outlet. Nak ke Nami Island banyak cara tapi cara paling play safe adalah dengan naik ferry. Kalo nak sedikit mencabar pergi guna flying fox. Paling extreme swimming ke Nami Island. Mahu sampai tengah sungai dah beku. Ada jeti berhampiran dengan main road dan dekat situ boleh beli entrance ticket. Time pergi hari tu ramai jugak orang. Ingatkan late winter tak ramai la, rupanya berduyun jugak. 


 


image



Kawasan country dekat dengan Nami



  


continue

0 comments: