Read My Mind : Ride to Kobe Part 2
After yesterday evening, rasa seronok jugak escape dari Kota Osaka. Ye lah, sometime bustling city life nie buat kita cepat rasa bosan. Ada dua plan yang aku pertimbangkan either pergi Nara untuk visit ancient temple dan rusa-rusanya atau pergi balik Kobe, naik ropeway yang tak dapat naik petang semalam. Pikir punya pikir lastly Kobe dipilih. Sebab perancangannya nak pergi sekejap jer. Banyak lagi attractions dekat Osaka belum habis explore. Kalau pergi Nara mahu sehari habis masa kat sana.
Trip ke Kobe kali nie aku naik JR rapid train, fare 390 Yen one way. Naik dari Osaka JR station. Pengalaman semalam buat aku dah cerdik cikit macam mana nak beli tiket train =p Macam cerita lepas kena turun dekat Sannomiya Station, then tukar mode Subway ke Shin Kobe station. Misi kali nie adalah bertrekking di botanical herbs garden.

Pathway ke Nunobiki Bottom Station.
Sampai dekat ANA Crowne Plaza Kobe (Shin-Kobe Subway Station dekat basement bangunan nie) kena jalan 5 min untuk sampai ke Ropeway Bottom Station. Dekat sini access sangat friendly. Selain ada gentle pathway ramp, elevator untuk disable people pun disediakan. Pagi tu tak ramai sangat orang ada mungkin kebanyakkan foreigners continued perjalanan ke Kobe Harbor atau Himeji.

Bangunan Bottom Station yang dikelilingi kehijauan dan kejinggaan daun autumn foliage.
Selepas berjalan mendaki kaki bukit akhirnya sampai dekat entrance Bottom Station. Lepas nie naik ropeway untuk ke Top station. Sebenarnya ada trekking trail untuk sesiapa yang bercadang untuk ke Top station dengan berjalan kaki. Tapi disebabkan nak tengok view Kobe city dan Seto Inland Sea dengan lebih panoramic dan penyakit malas datang aku lupakan hasrat nak bertrekking ke atas.. =)

Ropeway gondola dan saki baki autumn foliage
Bila dah sampai dekat main building naik elevator ke Tingkat 2. Nanti ada kaunter tiket. Harga round fare ropeway 1,400 Yen termasuk admission ke Herb Garden. Kalau evening time (lepas pukul 5.00pm) 800 Yen. Petang punya trip tak termasuk admission Herb Garden sebab taman tu tutup awal. Tapi disebabkan aku rajin pergi I-Centre dapat la discount coupon 20%.
Photo Tour

Bottom Station

Sannomiya, the Kobe downtown

Shin-Osaka Shinkansen Station dekat bawah tu.

Air terjun Nunobiki

Waterfalls and forested viewshed

Gohonmatsu Entei Damn

Kaze no Oka Mid Station

Mid Station, Sannomiya, Seto Inland Sea in the distance

Efek rumah kaca.. the Glasshouse.
Naik gondola sambil tengok surrounded view memang exciting. Cantik! Sepanjang perjalanan ke Top Station ada beberapa attraction yang menarik. Menyesal pulak tak trekking. Air terjun Nunobiki salah satu daripadanya. Sumber air dari upstream air terjun nie sangat berkuailiti katanya untuk buat air minuman. Siap ada grade lagi, paling famous KOBE WATER. Air terjun Nunobiki nie ada dekat belah kanan kalau kita dari bawah. Selain itu kalau toleh kiri boleh nampak waduk / empangan Gohonmatsu Entei. Cukup scenic. Empangan nie listed one of the Important Cultural Property. Empangan konkrik graviti yang pertama dekat Jepun katanya.

Entrance ke Ropeway Top Station

View Plaza depan Rest House

Design building nie macam dekat Fraser Hill pun iya

Sebelah Rest House ade Recital Hall dengan Museum

Panoramic view of Kobe
Selepas gondola melepasi attractions dekat bawah sampai la dekat Herbs Garden Top Station. Apa lagi melangkah keluar la dari gondola menuju ke View Plaza. Dari View Plaza panorama Kobe dapat dilihat cuma time aku pergi tak berapa kena. Ambil photo semua gelap.. Ade kaitan dengan sun orientation. Membelakangi View Plaza ada bangunan Rest House. Dalam bangunan tu ada restaurant yang masak menggunakan herbs yang terdapat sekitar taman. Ada jugak souvenir shop dekat situ. Sudah puas pusing area Top Station sekarang time untuk menuruni bukit melalui Herbs Garden. Siapa yang malas boleh je turun guna gondola.
Photo Tour

Gateway ke Nunobiki Herb Gardens

Tangga untuk ke Herb Garden

Pathway ke bawah

Pathway ke atas


Antara herb yang hidup subur masa musim Winter

Glasshouse

Glasshouse dome


Colourful hanging flower


Tropical plant pun ade dalam Glasshouse nie. Tu la gunanya Glasshouse


decorated garden.. cap ibu dan anak

Tingkat 2 Glasshouse


exhibition item dekat dalam Glasshouse
Nak berjalan dekat Herbs Garden nie tak de la memenatkan. Pathway yang ada mostly gradient die gentle. Time berjalan menuruni bukit terserempak dengan seorang ibu dengan anak dia yang kurang upaya. Gigih betul ibu dia walaupun anak disable people tapi tak mematahkan semangat untuk dia bawak anak dia menikmati keindahan alam.. Ok sambung balik. Dekat dalam Herb Garden nie ada Glasshouse. Memang attractive untuk singgah sekejap. Yela tak pernah masuk Glasshouse nie la masanya. Dalam Glasshouse tu ade tourist guider cum botanist yang explain pasal herbs dan jugak Glasshouse/ greenhouse effect. Macam flashback sains sekolah rendah pulak. He3.. Ada juga pameran pasal spice, fragrance, dan grain dalam Glasshouse.. Dekat luar Greenhouse nie ada Herbal Footbath. Kaki dah penat berjalan tak berhenti-henti so ambil peluang la soaking kaki. Sambil-sambil tu boleh tengok view Kobe lagi. memang relax.
Photo Tour


Staircase pathway dalam garden

Gondola and lavender garden below the ropeway

Autumn scene walaupun dah masuk winter season

Waterfall patio

recreation ground

Kanak-kanak jepun bermain

pleasant pathway ke Ichigahara dan Nunobiki Waterfall

Belakang pokok nie rupanya ada retaining wall yang tinggi. Pandai diorang sorok.

Naik gondola unk balik ke Bottom Station
Memang banyak benda menarik dekat sini. first time tengok pokok lavender. Maybe timing je tak betul. So daripada Glasshouse tadi aku menuruni bukit melalui Lavender Garden, Oriental Garden, Four Season Garden dan few others attraction. Jalan dalam 5 minit sampai la dekat Middle Station. Nak kena ambil Gondola untuk balik ke Bottom Station.

Nunobiki Waerfalls one of the best 100 waterfalls in Japan
Dah sampai Bottom Station mulakan langkah untuk balik semula ke Osaka. Tak boleh lama-lama sangat dekat sini. Time is running out. Tapi lapar la pulak so menyinggah la dekat Namaste Taj Mahal. Bukan dekat India restaurant nie tapi ada dekat Tingkat Ground ANA Plaza Kobe. Pekena la capati dengan kuah kari sekejap.

Nama restaurant tak boleh bla, Taj Mahal. Memang harga mahal pun. Ha3..


0 comments: