Petang hari kedua, aku plan untuk melawat bandar yg berjiran dengan Osaka iaitu Kobe.. Kobe terletak tidak jauh daripada Osaka sebenarnya.. ...

Read My Mind : Ride to Kobe Part 1

Tuesday, May 14, 2013 Die Zehn 0 Comments

Petang hari kedua, aku plan untuk melawat bandar yg berjiran dengan Osaka iaitu Kobe.. Kobe terletak tidak jauh daripada Osaka sebenarnya.. Perjalanan m’gunakan train mengambil masa setengah jam daripada Osaka ke Kobe…



Aku ride Hanshin limited express train untuk ke Kobe.. Hanshin pnye tiket murah sikit kalau compare dengan JR.. Fare around 310 yen one way.. Destination station di Kobe nanti adalah Sannomiya..


 


Sannomiya station located dekat pusat bandar Kobe.. perjalanan yg pada mulanya agak membosankan bertukar once you reach Kobe..  Kobe yg terletak diantara kawasan pergunungan di bahagian utara dan  inland sea di bahagian selatan offers scenic view settings that quite pleasant bagi aku.. 


 


Sampai Sannomiya station aku perhatikan ada something special about this city.. The multi-nation/racial community living here!.. Banyak kali jugak la aku berselisih dengan Indonesian, Malaysian, Chinese, Indian, Caucasian, African dekat station tu..


 


Aku punya misi di Kobe pada mulanya nak pergi tengok 10million dollar night view dekat Kobe Nunobiki.. Mulakan perjalanan dengan tukar transit di Sannomiya station.. Untuk ke Kobe Nunobiki kena ride Seishin-Yamate Line subway dan berhenti di Shin-Kobe station.. Shin-Kobe station nie subway station paling last untuk that route SYL, just selang satu station je kalau tak silap.. Fare dalam 200 yen one way.. agak pricey jugak.. tak jauh dari situ ada JR station yang provide services bagi shinkansen (bullet train).. Kalau naik shinkansen dari Shin-Osaka ke Shin-Kobe mengambil masa dlm 13 minit.. Kata shinkansen mmng confim2 la cepat sampai.. =)


 


Sampai dekat Shin-Kobe subway station mula mengagau cari exit ke Nunobiki.. Station nie actually located on basement sebuah hotel cum plaza building.. kira macam integrated building.. bila dh jmpe exit just perlu jalan dalam beberapa meter dah boleh sampai.. tapi nasib tak berapa baik hanya terlewat 3 minit, Ropeway dah tutup operation untuk hari tu.. Winter season ropeway tutup awal rupanya..



image



Tengok baru pukul 5.00pm.. gondola ropeway still operate lagi time tu tapi untuk bawak turun dri Nunobiki upper station jer..  pic nie mengingatkan aku pasal Detective Conan..




Selepas misi 10million dollar night view gagal, aku decided untuk return back to Sannomiya station nak cari info pasal tourist spot dekat Kobe.. aku ada terperasan Tourist Information Centre (TIC) masa merayau2 dalam kawasan station sebelum bertolak ke Shin-Kobe tadi..



Keluar exit subway masuk kiri masuk kanan jumpa la aku dekat TIC.. Seperti biasa aku tanya staff situ ada tak tempat atau event menarik petang tu.. Obasan tu cakap ada event Kobe Luminarie yang baru nak start.. dia advice untuk ride Hanshin train ke station Motomachi.. tapi bila aku tengok template yang dia bagi, boleh jer nak start walking dari Sannomiya.. So ade option dekat situ..  aku pikir malas nak sesat barat aku just follow la die pnya advice.. Fare ticket dari Sannomiya ke Motomachi 140 yen.. next station je pon..


 image


 


Keluar jer dari Motomachi station hujan renyai welcoming aku.. Nasib baik ada bawak ponco.. time tu dah ramai orang beratur… ada yang snggup queue sejam awal.. giler gigih btul diorang…Aku pon follow crowd queue.. orang jepun nie berdisplin cikit, awas jgn nk cuba2 potong Q..  kelak merana kena maki hamun..



Memulakan perjalanan dengan berjalan santai menyusuri laluan-laluan khas yang disediakan.. Jauh jugak berjalan woi.. rasa dah nak tercabut kaki bersiar2 mengelilingi blok-blok bandar.. Aku perhatikan juga kebanyakkan kedai di sepanjang jalan yang terlibat di tutup awal bagi melancarkan program.. Di kawasan tertentu volunteer bersama police officer mengawal pergerakan pedestrian and vehicle traffic..Iyelah dah hampir semua jalan dekat situ kena tutup sebab nak allow pedestrian bergerak secara berjemaah.. kenalah kawal traffic..


 


image



walking to the starting point of lighting tunnel 



image



Tori gate in the middle of city



 


Setelah menempuh beberapa laluan sampai juga aku ke main entry tunnel of lights… Sungguh awesome lighting yang menyinari laluan tu..Setiap lampu adalah hand painted dan dikhabarkan bahawa lampu ini dihadiahkan oleh government of Italy.. Kalau perhatikan dah macam ceramic tile pon ada.. Aku pun berjalan melalui tunnel of light tu.. bila aku toleh ke belakang beratus orang tengah dok sibuk ambil photo lampu-lampu nie.. Sambil berjalan iringan lagu dan puisi jepun dimainkan sempena memperingati tragedi Great Hanshin Earthquake.. Event nie dibuat bagi memperingati tragedi tu la yang terjadi pada tahun 1995.. beribu-ribu orang mati di Kobe kesan gempa magnitud 6.8.. Kobe musnah teruk..


 


image



gegaran sampai camera shaking… ha3




image


image



Makin mara ke hadapan makin jelas gateway of lighting tunnel..



image


image



the details of lighting rhyme and rhythm fascinating 



image


image



Manusia moving towards the tunnel of light



Dekat end of tunnel ada lighting lain pulak, dalam bentuk enclosed.. So banyak moment yang memang cantik dekat event nie..  Di tengah kawasan lighting square ada choir stage… Ada choir group dok menyanyi sepanjang event nie.. diorang akan break for rest every 15 min.. 


 image



image



Another set of lighting show dekat focal point of events area 



image



Diorang nie sibuk dok baling 100 yen coin dekat bells yang tergantung2 tu.. kalau kena tak dapat apa2 pun.. sje suka2 kot.. ha3



image



Kasut dan tanah becak..




Berhampiran dengan light exhibit banyak didirikan gerai makanan dan souvenir … Macam-macam drpd yakitori (macam sate, daging dicucuk dekat stick), mochi, okonomiyaki (japanese pizza), takoyaki..



image



bunches of food stall



image



dinner for tonight, Kinki Takoyaki!




image



Nie route plan untuk Kobe Luminarie.. yang warna pink tu  roads yang ditutup.. dan semua orang yang joint event nie kena starting dari Motomachi.. Tak ada jalan shortcut untuk menyelinap..



 


All in all it quite nice evening outing.. Bagi orang Jepun, event nie adalah sesuatu yang emotional and heartfelt, memperingati tragedi buruk 17 tahun yang lepas.. 


 

0 comments: