My Wiki Korea : Bersorak di Seorak
Sambung Korea story second day pulak. Slowpoke!! nie dah minggu ke berapa baru nak keluar story second day ker. Nak buat macam mana? kadang datang rajin, kadang datang malas. Tapi datang malas tu lagi banyak nampaknya.
Pagi hari 2nd day tu aku bangun sedikit awal. Boleh kira awal la jugak kalau bangun 7.00 am. Ada berhasrat nak jogging keliling hotel tapi hasrat tinggal hasrat. Lastly aku layan Korea tv program dekat living hall je. Ha3.. Room yang aku dapat tidur se malam nie boleh tahan besar dan fully furnished. Dah macam family suite unit. Padahal yang duduk dalam tu 2 orang je pun. Aku conquer satu section member aku satu section. Giler heaven!.
Lepas breakfast, bas gerak ke Soerak National Park. Jarak dari Kumpho Hotel ke National Park main entrance tak berapa jauh, ada la dalam beberapa minit. Disebabkan trip nie bukan bermatlamat untuk hiking mahupun camping bagai, exploring kawasan Sinheungsa Temple adalah pilihan yang tepat. Masa pun singkat jer dekat sini.
Berjalan dari drop off bas ke tiket booth untuk bayar entrance fee. Tiket harga 3500 W per adult. Lepas jer ticket gate, jalan sikit confirm nmpak beruang. Tapi jenis statue la. Mulakan aktiviti di national park dengan berpeleseran di kawasan Sinheungsa Temple. Ada patung budha besar dekat sini. Habis jalan-jalan sekitar naik ropeway pulak ke Gwongeumseong. Harga naik ropeway dalam 1900 W return. Dekat atas nie boleh dapat tengok bird eye view mountains. Stunning! Ada la buat percubaan hendak naik peak yang ada pole Korea flag tu tapi baru sekerat jalan dah kena panggil balik. Kacau betul.
*CONTINUE
0 comments: