An evening dekat Jepun tak habis begitu sahaja, aku ada 1 lagi trip untuk complete kan aku punya personal Kansai Illumination Tour.. Destina...

Read My Mind : Osaka Aku Datang Part 6

Thursday, May 23, 2013 Die Zehn 0 Comments

An evening dekat Jepun tak habis begitu sahaja, aku ada 1 lagi trip untuk complete kan aku punya personal Kansai Illumination Tour.. Destinasi terakhir adalah di Kota Osaka itu sendiri… Memandangkan event nie tak de la jauh sangat dengan hostel so aku kasi round dulu attractions lain yang ada dekat Osaka dahulu petang tu… takut tak sempat pulak nanti..



Illumination event nie sebenarnya ada melata seluruh Jepun, antara yang famous adalah Kobe Luminarie, Arashiyama Hanatouro, Osaka Hikari Renaissance, Sapporow Snow Festival, Shirakawa-go, Roppongi Hills, Tokyo dan Nabana no Sato, Mie. Setiap event nie ada keistimewaannya tersendiri yang differentiate from each other.. Time aku datang bulan Disember hari tu memang timing yg betul untuk buat Illumination tour especially dekat Kansai Region.. 



Event Hikari Renaissance mula jam 5.00pm..  pukul 5 time winter season  dah gelap macam pukul 7.00-7.30 dekat Malaysia.. Event illumination diadakan dekat East Nakanoshima Island yg merupakan kawasan pulau di tengah Okawa River.. Sebelah jer dengan kawasan Yodoyabashi tempat starting Aqualiner River Cruise.. 


 



View Larger Map


 


Mulakan aktiviti ber walking dari station Yodoyabashi ke nearby pedestrian bridge.. ada la 3 min jalan kaki dah boleh sampai.. kali nie movement visitor mengelilingi kawasan Naniwabashi… counterclockwise.. kalau korang bergerak lawan arus confirm kne tegur dgn security.. Orang Jepun kan berdisplin..  Sekali lagi aku mention.. Lagi pun dekat point tertentu ada security guy yang jaga, so aktiviti menyelinap untuk shortcut tidak dibenarkan.. =)


 


Photo Tour





Okawa river yang menjadi nadi penting kepada Osaka. Venue event illumination nie buat dekat seberang sungai.  yang nampak bercahaya tu la Hikari Path. 





jeng.. jeng.. dah sampai dekat gateway. walaupun lighting dia tak semeriah Kobe tapi boleh la. Aku tak sure yang ada dekat I-city Shah Alam macam nie gak ker..






Time aku pergi sini, event nie dah masuk hari ketiga. Tapi still lagi ramai orang datang.





Berhampiran dengan riverbank ada suatu space yang diorang provide untuk exhibition corner bagi display karya art budak2 student u. 





Ini salah satu karya yang bagi aku quite nice.





Ini pandangan tepi (rear view) bangunan Osaka Central Public Hall. Bangunan yang digunakan untuk buat pertunjukkan projection mapping. Setahu aku dekat Malaysia belum ada mana-mana bangunan jd layar untuk projection mapping.





Ini lah fasad utama bangunan Osaka Central Building.. Show projection mapping belum start lagi. Kalau ikut schedule show nie akan repeat few times dari pukul 5 hingga 9 malam. 





Show projection mapping bertemakan Winter Gift from Emirates Airlines. So korang dah tahu la siapa yang sponsor show nie. =)  Durasi setiap show dalam 6 minit.





Gambar nampak tak nampak nie adalah Osaka Nakanoshima Library. Sebenarnya aku datang lambat dan light show untuk building nie tak sempat nak tengok.





Lighting dekat main facade bangunan Osaka City Hall.





Seperti yang aku sebut sebelum nie, event nie kerah orang untuk tawaf bangunan-bangunan tadi. So aku sampai la balik dekat tempat yang mula aku tadi. Cuma colour lighting dah berubah.






Ini buka bola-bola salju. Tapi lampu yang macam ada jual dekat IKEA. Nasib baik tak ada orang yang rembat letak dekat depan rumah sendiri. Ha3






Time nie Aqualiner dengan few other river boating services still operate. Bawa meronda-ronda sekitar Osaka guna jalan air. 





small decoration but still attractive






lampu-lampu terbentang luas dah macam laut. Sebab tu ada sculture dolphine.






Dekat Jepun memang banyak tempat macam Smoking Lounge nie. Tempat memanaskan badan. Winter season kan sejuk.. =)





Kelihatan seorang budak yang kehilangan parent. Menyopink kot mak bapak dia. 






Nie ornamental lighting.. dia buat la macam2 shape supaya nampak interesting. 





Bench untuk couple bermadu kasih dihadapan khayalak ramai





Okonomiyaki non-halal.aku tak tahu isi daging per yang diorang letak dalam okonomiyaki tu.




Berakhirla perjalanan tawaf aku dekat event nie. Nak kata best aku lagi suka Kobe dengan Arashiyama. Tapi pengalaman dapat tengok projection mapping memang berbaloi2. 

0 comments: