Selesai suku hari di Fushimi aku gerak ke Arashiyama yang terletak di timur Kyoto Downtown. Aku transit train daripada JR Nara Line ke JR S...

Kansai-Kanto Journey: Part 2b (Arashiyama)

Wednesday, December 10, 2014 Die Zehn 0 Comments

Selesai suku hari di Fushimi aku gerak ke Arashiyama yang terletak di timur Kyoto Downtown. Aku transit train daripada JR Nara Line ke JR Sagano Line di Kyoto Station. Perancangan awalnya nak singgah ke Kyoto Mangga Musuem dan Nijo Castle tapi disebabkan mengejar masa, aku skipped both attractions nie. Dalam JR train masa off-peak hour keadaan dia hampir semua orang senyap dan sibuk dgn mobile gadget masing2. Disebabkan tiada hiruk pikuk suasana Pasar Chow Kit dalam train ini ditambah pula suara sayup2 arrival announcement Nihongo, aku akhirnya tewas dan terlelap dalam train. Mungkin keletihan bertrekking di Fushimi tadi. Bersangka baik. Elok sampai satu station nie aku tersedar dari tidur dan dengan keadaan masih mamai keluar dari train dengan tanpa tengok station signage. Rupanya salah turun station. Kena la tunggu 10 min lagi untuk naik train seterusnya. Sebelum ini, aku ke Arashiyama dari Osaka guna Hankyu Train dan turun di station terakhir, Arashiyama Station. Untuk kali ini aku turun di Saga Arashiyama Station, station yang berada di tengah JR Sagano Line. Kalau nak diikutkan jarak antara dua station, JR dan Hankyu nie, ada la 20 minit walking distance. Saga Arashiyama Station nie sebelah je dengan Torokko Saga Station, station permulaan bagi scenic train.
Misi utama revisited Arashiyama, aku nak naik Sagano Scenic Train. Timing pun kira ok, masa middle autumn season. Keluar dari train station aku pergi ke kaunter tiket dekat dalam Torokko Saga Station. Kelam kabut juga masa nak beli tiket tu macam itik ngan ayam berkomunikasi. Harga one way ticket scenic train nie 600Y. Bagi membunuh masa menunggu train departed, aku hangout dekat plaza depan station nie. Macam-macam ragam manusia dapat aku observe. Di plaza nie juga tempat brother-brother rickshaw berkumpul cari customer. Harga service dia bagi aku berpadanan dgn bebanan dia bawak. He3.. 15 minit masa berlalu aku bergerak masuk ke dalam station untuk queue naik train yang retro nie. Pukul 2.00 petang, train sampai di platform dan orang mula berpusu masuk ke dalam coach. Aku mulanya duduk sebarang je kat seat yang ada, sekali kena halau secara halus. Hi3.. Kes tak perasan yang tiket aku beli tu dah ada siap reserve seat no. Pura2 pulak tak perasan walhal dah underline siap2 atas tiket. Mencari la seat yang dah allocated . Rupanya seat tu dekat middle section, bukan sebelah window. Hampagas terlupa nak bagi tahu aku nak reserve seat sebelah window. Mula la extend monopod bagai sampai Japanese couple sebelah rengsa dan bagi aku duduk kat window view seat. Arigato je la balasannya. Nie semua trick nak hidup!.
image
Stesyen JR Arashiyama
image
Train masuk dalam terowong
image
The ride.. Dapat juga duduk kat window seat
[[MORE]]
image
image
image
Scenery along the the railway line. 
Scenic train nie bergerak meninggalkan Torokko Saga Station menuju Torokko Kameoka melalui kawasan perbukitan Nishiyama. Train bergerak dalam mood perlahan agar penumpang dapat menikmati kawasan semulajadi Arashiyama. Di sesetengah section laluan, aku dapat lihat orang bermudik santai di Sungai Hozugawa. Itu juga salah satu aktiviti tarikan di Arasihiyama. Masa tengah layan feel tengok autumn foliage scenery, tiba2 datang mascot tradisi local datang masuk coach aku dengan aksi komedinya. Terkejut masing-masing. Sekilas macam Hogo-hogo pun iya. Selepas 25 minit perjalanan yang santai, train akhirnya tiba di Torokko Kameoka. Memandangkan beli one way ticket, aku kena transit ke station JR Umahori untuk balik semula ke Arashiyama. Kena jalan dalam 6 minit macam tu untuk ke station nie. Aku hampir kesesatan sebab tak peka dengan direction signage. Perjalanan balik agak cepat dalam 7 minit guna JR Local Train.
image
Jelapang padi terbentang sebaik turun dari train.
image
Station JR Umahori
Disebabkan masih banyak masa lagi aku decide untuk ke Bamboo Groove. Tempat nie macam ada aura yang kuat untuk buat orang pergi ke sini. Selok belok dalam Bamboo Groove nie sikit2 aku boleh ingat, itu pun based on my previous experience. Masuk sini free so apa lagi lenjan la kaki merayau dalam bamboo grooves nie. Masa aku lalu dalam area bamboo grooves ternampak back entrance gate Tenryuji Temple. Mulanya ada la rasa nak menjenguk tapi pikir balik, baik aku explore kawasan riverside Sungai Katsura. Saja nak test power mental map, aku jalan ikut back route dari Bamboo Grooves direct ke Togetsukyo Bridge. Sampai di riverside area, operasi berpiknik dimulakan. Alas perut dengan Tuna Onigiri dan Oreo biscuit. Dua benda nie la yang aku selalu consume bila travel di Jepun especially. Jam 5.30 petang bergegas ke Saga Arashiyama Station untuk pulang ke Kyoto Downtown. Sampai di Kyoto Station, aku berjalan kaki pula ke Hana Hostel. Rancangannya nak ambik luggage je sebab aku dah check out pagi tadi. Tapi disebabkan masih banyak masa, aku duduk lepak dekat lounge hostel layan free internet dengan tengok TV tanpa ada rasa bersalah. Sempat aku masak kari ayam Tesco ngn instant rice Lawson. Makan Onigiri je tadi mana boleh tahan lama. Bila dah berejam rileks kat lounge, aku pun rasa dah cukup masa untuk keluar dari hostel. Masa nak keluar, awek receptionist tu sapa aku. Dia mulanya ingat aku belum check out. Lepas tu aku bagitahu dia aku dah check out pukul 7.30 pagi tadi. Lepas tu dia senyum2. Padahal dalam hati dia mesti tengah menyumpah aku, boleh pulak dia nie lepak berjam2 buat macam rumah sendiri walhal dah check out lama.
image
image
Masa nie ramai giler tourist crowd di Arashiyama
image
image
image
image
One of the best atmosphere in Kyoto, Bamboo Groove 
image
image
image
Aktiviti bersampan di Katsura River
image
image
Jam menujukkan pukul 9.00 malam aku dah ada kat Kyoto Station. Overnight bus ke Tokyo gerak 12.00 malam. Banyak lagi masa tu, dalam 3 jam. Aku pun tak tahu nak merayap ke mana. Lastly decide merayau dalam Kyoto Station je. Kyoto Station nie punya la besar siap ada departmental store ngan hotel. Aku naik escalator ke Tingkat 1 lepas tu ternampak satu section steps yang orang duduk lepak ramai-ramai. Aku pun ambil bahagian la melepak sama. Dia orang rupanya bukan duduk semata rupanya tengah tengok Christmas tree illumination. Menarik juga tengok benda nie sambil tu boleh rehatkan kaki, dah seharian berjalan. Dalam pukul 11.30 malam aku tinggalkan steps tu untuk ke bus stop Willer. Jenuh juga tercari-cari, mana bus stop tu. Antara yakin tak yakin je. Masa tengah menunggu aku terserempak dengan satu gang Indonesian tourist nie. Kiteorang mengombrol kosong sementara tunggu bas datang. Bas yang diorang akan naik tak sama dengan bas aku walaupun destinasinya sama, Tokyo. Aku sengaja beli overnight bus sebab boleh jimat duit transport dengan accommodation. Tiket bas nie pun beli kat online dua bulan sebelum bertolak ke Jepun. Takut tiket overnight bus habis. Harga tiket masa tu 5980Y one way dan bus yang aku naik ada electrical outlet. Senang sikit nak charging gadgets nie. Pukul 12.10 pagi bas meninggalkan Kyoto menuju ke Tokyo. continue
image
Kyoto Tower 
image
Indoor illumination dalam Kyoto Station. 

0 comments: